AL QURAN ONLINE

Listen to Quran

arah kiblat

Selasa, 22 Jun 2010

Derhaka seorang isteri

Oleh MUHAMMAD HATIM
Siri kekejaman manusia ke atas manusia yang lain sering kali dipaparkan di dalam media-media utama negara. Jika sebelum ini kita sering mendengar kisah isteri didera suami tetapi akhbar Utusan Malaysia, 3 Februari 2010, mendedahkan perlakuan seorang isteri yang dikatakan telah mendera dan memukul suaminya hingga lebam dan luka. Apa yang dipaparkan itu memperlihatkan betapa sikap yang tidak perikemanusiaan dan kederhakaan seorang isteri.
Seorang suami merupakan kaum yang harus dihormati dan dilayani dengan penuh kasih sayang.Agama Islam mewajibkan umatnya sentiasa memiliki perikemanusiaan dalam hidupnya. Ini kerana Islam merupakan agama damai, agama yang menuntut umatnya menuju jalan kedamaian, baik kedamaian dunia mahupun kedamaian akhirat.
 Oleh hal demikian itu, perikemanusiaan merupakan komponen terpenting daripada ajaran Islam. Dalam hal perikemanusiaan ini Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Dan bergaullah terhadap manusia dengan perilaku (akhlak) yang baik.” (Riwayat Tirmizi)
Islam sentiasa menganjurkan umatnya agar memperkukuhkan keimanan dan ketakwaannya sehingga dengan iman dan takwa yang kuat itu akan lahir suatu pertimbangan diri yang baik terhadap orang lain, iaitu pertimbangan yang menghasilkan anggapan bahawa manusia dilihat dari segi kelas dan golongan pada hakikatnya adalah sama. Harta benda dan pangkat tidak dapat dijadikan ukuran kemuliaan seseorang itu.
 Sedangkan yang membezakan manusia menurut timbangan iman ialah orang yang paling banyak bertakwa kepada Allah. Kerana itu, dalam pergaulan hidup, setiap manusia mempunyai hak yang sama, hak mendapat jaminan untuk mencapai hidup yang lebih maju, damai dan sejahtera. Kerana itu marilah kita tingkatkan keimanan dan ketakwaan kita agar kita dapat menyedari bahawa persoalan kelas, golongan, kemuliaan, serta material tidak akan dibawa mati. Ia akan hancur bersamaan dengan hancurnya jasad manusia, sedangkan yang akan mengangkat maruah manusia di dunia mahupun di akhirat ialah darjat ketakwaan.
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu disisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (al-Hujurat: 13)
Golongan yang kurang memiliki perikemanusiaan adalah kerana adanya sikap sombong (takbur) dalam dirinya. Menurut Imam Ali, Iblis pada mulanya adalah makhluk yang sangat taat beribadah. Enam ribu tahun menyembah Allah dengan penuh kesungguhan. Tetapi kerana takbur kepada Allah s.w.t satu saat sahaja ia dilaknati Allah s.w.t selama-lamanya kerana ia telah menyaingi kebesaran dan keagungan Tuhan.
Dengan sikap takbur itu seluruh amalan soleh tidak diterima Allah, haji kita ditolak, puasanya akan sia-sia dan solatnya akan membawa kepada kecelakaan. Ya Allah jauhi lah aku dari sifat takbur ini sesungguhnya pada MU Ya Allah ku berserah.

Salman al-Farisi ditanya, “Apakah perbuatan buruk yang menyebabkan semua kebaikan menjadi sia-sia?” Salman menjawab ringkas, “Takbur”.
Betapapun kecilnya sikap takbur, ia boleh memutuskan hubungan silaturrahim antara sesama manusia.        
Seseorang tidak mempunyai perikemanusiaan ialah kerana dia sendiri belum pernah diganggu dan disakiti orang sehingga tidak pernah merasakan betapa sakitnya hati apabila diganggu dan disakiti orang, dia sesuka hati mengganggu dan menyakiti orang lain, bahkan berlaku atau bersikap sewenang-wenangnya terhadap orang lain. Islam melarang umatnya mengganggu dan menyakiti orang lain, kerana pada hakikatnya setiap makhluk yang hidup tidak ada yang mahu diganggu dan disakiti. Jika kita tidak ingin disakiti, maka janganlah menyakiti orang lain.
Di dalam al-Quran, surah al-Baqarah ayat 178 menjelaskan tentang adanya kewajipan melaksanakan hukum qishash, iaitu orang yang membunuh hukumannya ialah dibalas dengan hukuman bunuh. Manakala orang yang memukul harus dipukul, dan begitulah seterusnya. Ia bertujuan bagi mereka merasakan kesakitan pembunuhan dan sakitnya akibat dipukul. Dengan demikian, mereka tidak lagi sewenang-wenangnya melakukan tindakan di luar perikemanusiaan.
Mereka yang tidak perikemanusiaan ini adalah manusia yang kasar jiwanya dan tidak mendapat bimbingan agama dan hidup di persekitaran orang-orang yang kasar jiwanya. Pengaruh ini cenderung untuk mereka melakukan tindakan di luar batas kemanusiaan.
“Sesungguhnya sejahat-jahat manusia kedudukannya di sisi Allah pada hari kiamat ialah orang yang dijauhi orang lain kerana takut akan kejahatan itu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Mereka kurang memiliki sifat perikemanusiaan kerana tidak pernah menyedari bahawa menjunjung tinggi nilai-nilai kemanusiaan, membela kebenaran, mengambil berat terhadap orang lain merupakan suatu kewajipan dan tuntutan kemanusiaan yang harus ditegakkan.
Allah s.w.t. menganugerahkan akal kepada manusia bagi tujuan memelihara kemanusiaannya. Dengan akalnya manusia tidak akan secara membuta tuli mengikut hawa nafsunya. Bahkan dengan akalnya ia dapat mengendalikan nafsu daripada melakukan perkara-perkara yang di luar batasan perikemanusiaan.
“Hanya manusia yang tidak merasa malu sahaja akan melakukan apapun sekehendak hatinya.” (maksud hadis)
Akal dan malu adalah dua contoh penjagaan manusia, supaya ia tidak celaka atau jatuh menjadi binatang. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, “Seorang mukmin memiliki 72 penjagaan. Apabila ia berbuat satu dosa, maka runtuhlah satu penjagaan.”
Hanya agama yang mampu memberi ketenangan yang hakiki pada jiwa manusia, mampu mengatasi kerosakan moral, memberi peraturan hidupnya, sesuai dengan fitrah manusia dan mampu mengatasi persoalan-persoalan hidup yang semakin mengarah kepada material dan hilang sifat-sifat kemanusiaan.

disalin dan disemak serta ditambah sedikit sebanyak..

Isnin, 21 Jun 2010

Hati Yang Terluka ... LALAI dengan harta dan Pangkat

Disini ingin ku utarakan sebuah kisah rumah tangga yang makin goyang disebabkan keegoan seorang isteri yang berpendapatan tinggi serta angkuh dan bongkak. suami yang berpendapatan kecil serta hanya berdiam diri telah dipergunakan atau dibuat macam orang luar. Kisah ini sepatutnya menjadi panduan bagi isteri yang bekerja serta berpendapatan lebih dari si suami..

Bukan memperkecilkan sumbangan kaum hawa didalam meningkatkan pendapatn keluarga.. tapi apa gunanya kalu pendapat tersebut hanya untuk diri sendiri dan adik beradik.. sedangkan anda telah mempunyai suami dan anak walau pun itu sekadar anak tiri (sekiranya anda berkahwin dengan duda).. Harus ingat sekiranya anak tiri mampu memanggil anda mak atau mama atau sebagainya yang sama dengan panggilan mak itu bermakna mereka sudah boleh menerima kehadiran anda.. Bagaimana kalau anda dipanggil dengan panggilan mak cik atau mak tiri?...

Kita sering lalai dan mudah lupa bila mendapat kesenangan dan memiliki harta yang banyak. Setengah tu pulak dengan kekayaan itulah dia menjadi bongkak dan ego sehinggakan berkata aku beli tu bukan dengan duit kau!!!!!!!!!. aku kerja... Memang anda bekerja tapi sebagai isteri anda harus bertanyakan dulu pendapat suami anda??? Apa guna bersuami kalau tidak berbincang dalam sesuatu perkara.. Ini akan menimbulkan perasaan curiga dan timbul syak wasangka yang bukan-bukan.  Bukan nak mengada-mengada tapi itu lah kenyataan yang hampir setiap hari dilalui... Alangkah malang sang suami mendapat isteri yang suka meninggikan suara ketika bercakap.. walaupun suami  tidak mengeluarkan sepatah kata pun...

Sikap isteri yang suka meninggikan suara itu kekadang didengari oleh jiran tetangga, tidak adakah perasaan malu di dalam jiwa dan sanubari individu tersebut.. Diri segi pemakaian pula walau pun sudah bergelar hajah namum, selalu memakai seluar ketat menayangkan bontot yang bulat.. tidak malukah anda.. walaupun bertudung.. ini menunjukan sikap ambil lewa.. Perkara telah ditegur berkali-kali oleh sang suami...

Betul kata orang gajah depan mata tidak nampak, kuman di hujung tanjung pun nampak.... tu lah dia... nak kata baik, kita ne tak lah baik sangat.. cermin-cermin lah diri sendiri  (sesekali pandang kebelakang seperti anda pandu kereta tu..) lihat apa yang berlaku sekeliling..


Entah bila akan sedar pun tidak tahu... Sedar tak sedar bila masuk lubang kubur......... Benarlah kata TUHAN;
أَلْهَـكُمُ التَّكَّاثُرُ - حَتَّى زُرْتُمُ الْمَقَابِرَ

1. kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat Dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh),

2. sehingga kamu masuk kubur.

Manusia tak pernah puas dengan apa yang ada, kata Nabi saw, لَوْ كَانَ لِابْنِ آدَمَ وَادٍ مِنْ ذَهَب Andainya manusia memiliki satu lembah emas nescaya dia mahu lembah yang kedua, ada dua hendak tiga lembah.....puas-puas tak puas, cukup tak cukup sehingga rongga mulut dan perutnya dipenuhi tanah(mati).

Ingatlah kita, harta dan anak-anak adalah ujian. Nabi mengingatkan kita;

يَتْبَعُ الْمَيِّتَ ثَلَاثَةٌ، فَيَرْجِعُ اثْنَانِ وَيَبْقَى مَعَهُ وَاحِدٌ: يَتْبَعُهُ أَهْلُهُ وَمَالُهُ وَعَمَلُهُ، فَيَرْجِعُ أَهْلُهُ وَمَالُهُ، وَيَبْقَى عَمَلُه

"Yang mengiringi jenazah ke kuburan tiga, maka yang balik semula dua dan yang tinggal satu; yang ikutnya ke kubur ialah anak isterinya, hartanya dan amalnya' MAKA balik semula anak isterinya dan hartanya, dan tinggal bersamanya hanyalah amalnya".

Amalan Yang Baik Untuk Anda Amalkan

Kita selalu mendengar dan kekadang terlupa menghayati serta mengambil iktibar perkara-perkara sebegini..

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:

“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:

“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:

“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:

“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:

“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:

“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:

“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:

“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya” (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:

“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:

“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah. Baginda s.a.w. bersabda:

“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:

“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.

15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:

“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:

“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’am.

18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya:

“Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda:

“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. (Rujuk At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Mari lah kita sama-sama mengamalkan amalan-amalan di atas agar kita mendapat berkat dan mendapat keampunan dari ALLAH SWT. Buat biar ikhlas dan tidak dengan sikap menunjuk-nunjuk, nescaya tiada ada apa yang anda dapat..

Ahad, 20 Jun 2010

Hikmah untuk kita semua

Hikmah untuk kita semua
1. Enam perkara yang asing bila berada di enam tempat:

Telah bersabda Rasulullah saw, yang bermaksud: "Enam perkara yang

dipandang asing di enam tempat, iaitu : Masjid adalah asing di kalangan orang-orang yang tidak sembahyang di dalamnya. Al-Quran adalah asing di rumah orang-orang yang tidak mahu membacanya. Al-Quran juga adalah asing di dalam hati orang-orang yang fasik (iaitu orang-orang yang tidak mahu mengamalkan isinya). Seorang muslimah yang soleh dipandang asing di sisi lelaki yang zalim, yang buruk perangainya. Lelaki muslim yang soleh adalah asing di samping perempuan yang hina, yang buruk akhlaknya. Dan orang alim adalah asing dikalangan kaum yang tidak mahu mendengar nasihatnya." Kemudian Nabi Muhammad saw bersabda: " Sesungguhnya Allah SWT tidak akan memandang mereka di hari kiamat dengan pandangan kasihan."

2. Hati perlukan sinar ilmu sebagaimana tanah memerlukan siraman air hujan:

Rasulullah saw telah berpesan, yang bermaksud : " Mestilah kamu selalu duduk dekat orang-orang alim dan mendengar cakap ahli-ahli hikmah kerana sesungguhnya Allah SWT menghidupkan hati yang mati dengan nur hikmah (sinar ilmu) sebagaimana Dia menghidupkan tanah yang mati dengan siraman air hujan".


Bukanlah kejayaan suatu pekerjaan itu dpt dicapai krn byknya kerja yg dibuat, tetapi kerana kerja itu dilaksanakan dengan hati yang ikhlas & baik pengurusannya


...agung di dunia memang harta jadi sandaran, keagungan di akhirat amal jualah yang menentukan.....Jaga Diri dan Hiasi Peribadi...
Dicatat oleh ibnu yusof di 23:50 0 ulasan
just cut and paste.. jangan marah ewey