AL QURAN ONLINE

Listen to Quran

arah kiblat

Isnin, 1 Mac 2010

Tiga tahap konflik dihadapi suami isteri

DALAM perbincangan munakahat, ulama mengkategorikan tiga konflik utama yang dihadapi pasangan suami isteri. Dalam pergaulan mereka wujud ciri berikut:

Nusyuz

Dilakukan oleh salah seorang daripada pasangan. Dapat dikesan melalui komunikasi pasangan, reaksi muka, wajah selamba atau tidak mahu bertentangan muka. Bercakap dengan kasar atau tidak mahu bertegur sapa, pura-pura tidak mendengar atau berkomunikasi melalui perantaraan.

Syiqaq

Perselisihan faham suami isteri yang sudah sampai ke tahap saling cerca mencerca dan pukul memukul.

Dharar

Penganiayaan suami seperti memukul dan mendera isteri, sedangkan isteri adalah wanita yang baik akhlak dan taat kepada suami.

Bagaimanakah menangani konflik yang berlaku?

Sebenarnya dalam kehidupan sebagai suami isteri tidak lari daripada kemungkinan menghadapi ujian rumah tangga dalam bentuk konflik seperti nusyuz, dharar dan syiqaq.

Sekiranya keadaan konflik berlaku disebabkan isteri nusyuz, suami patut mengambil langkah seperti berikut:

Memberi nasihat kepada isteri dengan penuh kasih sayang.

Menyedarkan isteri mengenai tingkah laku yang dilakukan dan mengingatkan kesan itu kepada diri sendiri dan pasangan serta kedudukan sebagai hamba Allah. Hal ini kerana keredaan Allah ke atas isteri bergantung kepada keredaan suami kepadanya.

Sekiranya suami tidak bersedia memberi nasihat dengan cara itu, suami boleh membawa isteri mendapat khidmat nasihat daripada keluarga terdekat, sahabat yang dipercayai, orang berpengaruh dalam masyarakat atau tempat yang menyediakan khidmat kaunseling.

Sekiranya nasihat tidak memberi kesan untuk mengubah tingkah laku isteri, suami boleh membuat ta'dib kepada isteri. Iaitu memberi pengajaran dengan mengambil langkah berikut:

(a) Pisahkan tempat tidur hingga isteri meninggalkan nusyuznya;

(b) Tidak bertegur sapa tidak lebih tiga hari;

(c) Pukul dengan alat yang tidak memudaratkan anggota badan dan tidak pada muka (sekadar memberi ta'dib); dan

(d) Andainya isteri tidak menunjukkan perubahan, suami boleh membawa perkara ini ke Mahkamah Syariah untuk dibicarakan bagi mendapat keputusan mahkamah sama ada kes ini:

Boleh diselesaikan dengan baik (sulh) sama ada tinggal semula bersama atau bercerai dengan baik.

Dirujuk dengan hakam.

Sabitan nusyuz isteri, isteri akan hilang semua haknya sebagai isteri kecuali mengubah tingkah lakunya. Sekiranya isteri enggan, suami boleh menjatuhkan talak. Isteri dimaklumkan bahawa haknya mendapatkan mutaah dan nafkah idah akan gugur disebabkan nusyuz.

Sekiranya nusyuz pula berlaku di pihak suami dan dia enggan mengubah tingkah lakunya, isteri boleh membuat aduan kepada perunding keluarga atau mengemukakan kes mereka di Mahkamah Syariah untuk ditangani oleh pihak mahkamah. Ia bagi menentukan kehendak mereka sama ada berdamai dengan suami serta diperintahkan berlaku adil atau bercerai dengan talak biasa daripada suami atau tebus talak di pihak isteri.

Menangani konflik dalam bentuk syiqaq

Apabila keadaan hubungan suami isteri saling cerca mencerca, tuduh dan pukul memukul, alam perkahwinan menjadi medan pergaduhan. Tidak ada pihak yang dapat menasihati dan menerima nasihat daripada pasangan.

Konflik mereka perlu ditangani dengan kaedah seperti firman Allah bermaksud: “Dan jika kamu bimbangkan perpecahan antara mereka berdua (suami isteri) maka lantiklah orang tengah untuk mendamaikan mereka iaitu seorang daripada keluarga lelaki dan seorang daripada keluarga perempuan. Jika kedua-dua orang tengah itu dengan ikhlas bertujuan hendak mendamaikan, nescaya Allah akan menjadikan kedua-dua (suami isteri itu) berpakai baik. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui, lagi amat mendalam pengetahuannya.” (Surah an-Nisa’, ayat 35)

Suami isteri yang menghadapi syiqaq perlu mengadakan sulh (perbincangan) yang dihadiri oleh wakil keluarga atau penasihat (kaunselor).

Sekiranya konflik mereka tidak mendapat jalan perdamaian, pasangan perlu membawa kes mereka ke mahkamah untuk ditangani pada peringkat mahkamah.

Seandainya mahkamah mendapati perbicaraan mereka menghadapi keadaan yang perlu dirundingkan pada peringkat suami isteri, mahkamah akan melantik seorang pengerusi untuk mengetuai perundingan wakil yang dilantik oleh suami isteri.

Selepas memperoleh beberapa keputusan, pengerusi akan memanggil suami isteri untuk dibicarakan semula bagi mensabitkan shiqaq. Jika sabit shiqaq, pasangan akan diminta membuat majlis tahkim yang dihadiri oleh wakil keluarga dan suami isteri untuk membuat beberapa keputusan sama ada berdamai dengan mengubah tingkah laku masing-masing atau bersetuju bercerai.

Keputusan mereka akan dibawa ke mahkamah untuk dibuat perintah mahkamah mengenai keputusan pasangan.

Menangani konflik dalam bentuk dharar

Apabila isteri mengalami penderaan atau penganiayaan daripada suami seperti dipukul, dikurung atau diabaikan nafkah zahir dan batin serta berlarutan daripada had nusyuz, langkah yang perlu isteri lakukan adalah mendapatkan saksi terhadap perbuatan itu. Pada masa sama, isteri perlu membuat laporan kepada polis, pegawai perubatan serta boleh membuat pengaduan ke mahkamah untuk dibicarakan.

Kesungguhan Isteri mencari keredaan suami

Islam meyuruh supaya para isteri sentiasa mencari keredaan suami dan sentiasa menggembirakannya. Diantara peristiwa yang menunjukkan kepada demikian adalah seperti berikut:

1. Apabila Khadijah r.a melihat baginda menyukai hambnya Zaid bin Harithah r.a, cepat2 beliau menghadiahkannya kepada baginda.

2. Ketika mana Rasulullah sakit tenat, isterinya Sofiyah bintu Huyyai berkata:
(وددت أن الذي بك بي)
Maksudnya: Aku amat suka kalau penyakitmu itu dipindahkan kepadaku.

3. Dlm Sahih Muslim ada menyebut cerita dr Asma' r.a isteri kpd Zubair; dimana belaiu menceritakan:

Seorang lelaki yg fakir telah datang berjumpa dgnnya, seraya berkata: "Wahai Ummi Abdillah(gelaran bg asma), aku adalah lelaki fakir, aku nak menjual di teduhan rumah mu." Asma' pun menjawab: Sesungguhnya kalau akau izinkan, suami aku akan melarangnya….

Kesimpulan: Kewajipan isteri utk mencari keredaan suaminya selagi tidak bertentangan syariat Allah dan sentiasanya menggembirakn hati suaminya. Islam melarang isteri menyakiti suaminya

Keredaan....

RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: "Seorang isteri yang bermuka
muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat
membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya. "
Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana
senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya
dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan.

Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan
menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga
isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan
daripada suami.

Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami. Justeru,
apabila suami pulang segeralah bukakan pintu,
persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda
hormat serta meminta maaf,walaupun isteri merasakan tidak berbuat
sebarang kesalahan pada hari itu.

Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan
isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka
berdua. Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman
dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat
anak-anak kepada orang tua.

Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri.
Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna
layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi
penghibur dalam rumahtangga.

Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang
isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada
suami. Rasulullah bersabda, yang bermaksud: "Sungguh-sungguh memintakan
ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung-burung
di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam
kerelaan suaminya."

Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari
keredhaan Allah melalui keredhaan suami.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
dan dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang
memiliki mu."

"sampaikanlah walau satu ayat" al hadis

Keredaan....

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara,iaitu : 1. Sebelum khatam Al Qur'an. 2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir. 3. Sebelum para muslim meredhai kamu. 4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah.... "Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? "Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : 1. Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an. 2. Membaca selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat. 3. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu. 4. Dan, perbanyaklah bertasbih,bertahmid,bertahlil, bertakbir

... Nukilan Cahaya Petra... just terbitkan aje