AL QURAN ONLINE

Listen to Quran

arah kiblat

Sabtu, 18 Julai 2009

Perbezaan PAS dan UMNO

Perbezaan PAS dan UMNO


Written by rusli
Sunday, 19 July 2009
Masalah PAS dan UMNO bukan masalah berapa bilangan masjid yang dibina, bukan berapa bilangan sekolah agama yang dibina, bukan masalah institusi kewangan Islam, bukan masalah berapa buah pusat pengajian tinggi Islam yang dibina, bukan berapa jumlah wang yang dibelanjakan untuk membina lapangan terbang, lebuh raya dan lain-lain, bukan berapa jumlah wang yang dibelanjakan untuk pendidikan tinggi dan rendah yang dibelanjakan oleh UMNO atau PAS.

Masalah antara UMNO dan PAS ialah dasar dan matlamat pejuangan yang jauh berbeza. PAS memperjuangkan agar Islam menjadi aqidah Negara Malaysia, samada dari sudut pentadbirannya atau kehakimannya dan lain-lain. Pendek kata, apa yang terkandung didalam dua kalimah syahadah iaitu tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH, Nabi Muhammad S.A.W pesuruh ALLAH itu hendaklah terlaksana dalam kehidupan individu, masyarakat dan Negara.


Adapun pun UMNO sering mencabar tuntutan dua kalimah syahadah itu. UMNO kelihatan melakukan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan puasa bulan ramadhan, mengerjakan haji, menjalankan aktiviti nikah kahwin mengikut Islam. Tetapi pentadbiran dan pemeritahan Negara mencabar Quran dan Sunnah. Sebab itu, dengan rasa senang hatinya, UMNO yang menjadi teras kepimpinan Negara, terang-terang menolak hukum ALLAH didalam bidang pentadbiran, kehakiman, perundangan, pendidikan dan lain-lain.


Oleh kerana itu, Malaysia yang sejak merdeka, yang dipimpin oleh UMNO dan Barisan Nasional menghadapi masalah yang tidak terhitung banyaknya. Masalah keselamatan, janayah, rasuah, penyalahgunaan kuasa, rompakan kecil atau besar, rompakan institusi kewangan, rompakan kaum wanita, warga emas dan kecurian disetiap detik berlaku dinegara ini.


Setelah lebih 50 tahun UMNO memerintah, Islam dan kekuatan orang Melayu terhakis. UMNO menghapus “kuasa imuniti Raja-Raja” yang menjadi salah satu kekuatan institusi Islam di Malaysia. UMNO membenarkan “Riddah” atau murtad berleluasa. UMNO juga mengamalkan budaya “Hendonisme” budaya “akhlak bobrok” melalui agensi-agensi penyiarannya.


Isu penyalahgunaan dadah, isu mat rempit, isu pendatang tanpa izin, isu ISA, ini semua berlaku selepas Malaysia dipimpin oleh UMNO. Puncanya ialah tidak menhayati kandungan ‘LA ILAHA ILLA ALLAH’. Oleh itu, jika pemimpin UMNO masih mengaku mempertuhankan ALLAH, menabikan Muhammad S.A.W, kenapa UMNO boleh sembahyang mengikut ajaran Islam, mengapa tidak boleh mengikut Islam dalam memerintah Negara? Adakah UMNO mengambil konsep beriman separuh kitab dan menolak separuh yang lain.
Kalau hanya bercakap membina masjid, di United Kingdom ada masjid, di Amerika Syarikat ada masjid, di Cina ada masjid, di Singapore ada masjid, di German pun ada masjid. Namun pentadbiran Negara mereka juga tidak mengikut ajaran islam. Oleh kerana itu, status kedudukan pemimpin dinegara barat dan timur yang Sekular, sama dengan kedudukan pemimpin UMNO diMalaysia ini.


Oleh kerena itu, saya rasa amat bertanggungjawab untuk menasihat kepada umat Islam di Malaysia ini, supaya jangan terjebak dengan kenyataan yang dilakukan oleh pemimpin UMNO khususnya Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin ketika berkempen di Manek Urai baru-baru ini (rujuk salah satu akhbar harian Malaysia) tentang UMNO membela Islam dan menegakkan syiar Islam.


Secara peribadi pula, sewaktu Muhyiddin menjadi Menteri Besar Johor, beliau telah mengubah cuti am pada hari Jumaat kepada hari Ahad, sekaligus menjadikan amalan cuti itu seperti amalan orang-orang Nasrani. Apakah ini satu pembelaan terhadap Islam?


Saya ingin membuat contoh yang kecil tentang UMNO mencabar Al-Quran. Antaranya, Al-Quran dengan jelas dan terang mengarahkan supaya orang islam menjauhkan diri daripada arak, judi, berhala, sudi nasib atau tenung nasib, tetapi UMNO yang memimpin Malaysia mengeluarkan lesen arak, memberi lesen judi. Apakah ini satu pembelaan kepada Islam? Untuk satu contoh lain, umpamanya ALLAH memerintah supaya Negara ditadbir dengan ajaran ALLAH, namun UMNO menolaknya.


Oleh kerana itu, jika sekiranya masih wujud benih-benin iman di dalam hati para pemimpin UMNO, maka saya merayu kepada mereka dan kepada orang yang seiringan dengan mereka supaya mereka bertaubat dan kembali kepada jalan ALLAH. Sekiranya mereka mempunyai masalah didalam usaha kembali kepada jalan ALLAH itu, maka Dewan Ulamak PAS Pusat menawar diri untuk memberi khidmat bakti kepada mereka.




Dato’ Haji Harun Bin Taib
Ketua
Dewan Ulamak PAS Pusat

diceduk dari: http://pas.org.my

Dari Pasar Ke Dewan Undangan Negeri... Tuah Orang.. Siapa Yang Tau


Siapa sangka dari seorang penjual ikan.. kini menjadi seorang YB... Wakil Rakyat bagi N41 Manek Urai.. (MU UK).... sebab itu lah kita jangan menghina seseorang... Fikir..fikirkanlah wahai manusia yang berakal... siapa yang makan cili dia yang terasa pedasnya...sungguhpun berbagai cara dilakukan namun Allah maha mengetahui.. dan DIA yang memenangkan calon ini.....SYABAS ABE UJI.................

Fikirkan Lah.... Anda Yang Mengetahui Kebenarannya... Siapa Yang Mula dan Siapa Terkena

BN-Umno penyebab provokasi dan tragedi berdarah


TUESDAY, 14 JULY 2009 17:08

MANEK URAI, 14 Julai - Kehadiran Barisan Basional (BN-Umno), menjadi punca kejadian pergaduhan hingga melibatkan dua orang petugas PAS cedera parah di pusat membuang undi Sekolah Kebangsaan Sungai Peria, tengahari tadi.


Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, Pilihanraya Kecil Dun Penanti dan Manek Urai sangat berbeza sewaktu BN mengambil keputusan untuk bertanding pada pilihanraya itu.


"Suasana pilihanraya kecil di Penanti sangat aman sebab BN tarik diri, tapi bila BN bertanding di Manek Urai sampai ada petugas PAS cedera," tegasnya merujuk insiden yang berlaku tengahari tadi.


Menurut perbandingannya, faktor penyertaan BN di Manek Urai kali ini punca segala provokasi yang berlaku.


Tambahnya, beliau percaya provokasi itu sengaja diwujudkan pihak BN terhadap penyokong PAS dan Pakatan Rakyat, kononnya nak menghangatkan suasana tetapi yang berlaku sebaliknya.


"Mereka sengaja buat bermacam-macam provokasi kepada kita, kononnya nak menghangatkan suasana, tapi akhirnya ada yang tercedera akibat insiden baling-baling batu dan botol itu," kata ahli parlimen Rantau Panjang itu lagi.


Selain itu, Zailah khuatir budaya tidak sihat itu akan menular kepada rakyat Malaysia, terutamanya kepada golongan muda dan ia bertentangan dengan konsep 1 Malaysia yang dicanangkan Perdana menteri mereka, katanya.


"Dan dengan kejadian ini, rakyat dapat menilai kenapa semua yang berlaku hari ini boleh terjadi," ujarnya merujuk insiden yang berlaku.

Bantahan... BN

BN Kelantan akan fail petisyen


KUALA KRAI: Barisan Nasional (BN) Kelantan akan memfailkan petisyen terhadap keputusan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai yang menyaksikan parti itu tewas dengan majoriti tipis 65 undi kepada Pas.

Pengerusi BN Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed, berkata beliau akan berbincang dengan calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat dan penasihat undang-undang parti serta mengkaji segala bukti sebelum menentukan bentuk tindakan yang hendak diambil.

"Berhubung provokasi berlaku, kami akan bincang dengan peguam yang akan memfailkan petisyen. Kami akan kumpul bukti kesalahan Pas, termasuk mereka masih melakukan kempen pada hari mengundi.

"Penyokong Pas melakukan provokasi di tempat mengundi dengan budaya samseng mereka, sesuatu yang jelas menyalahi peraturan pilihan raya," katanya sejurus pengumuman keputusan pilihan raya kecil itu, malam kelmarin.

Mustapa berkata, berikutan kekalahan BN dalam pilihan raya kecil itu, Kerajaan Pusat kini tidak terikat dengan janji menjadikan Manek Urai anak emas dan membina jambatan baru bernilai RM7 juta menghubungkan Manek Urai Baru dan Lama seperti yang dinyatakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, jika BN menang.

"Rakyat sudah membuat pilihan, justeru, Kerajaan Pusat tidak harus dipersalahkan. Namun, ia tidak bermakna kita lari daripada tanggungjawab, Kelantan tetap mendapat pembelaan Kerajaan Pusat dengan projek yang dirancang dan diteruskan," katanya.

Manek Urai Oh Manek Urai... M...U ... UK

Manek Urai petanda awal rakyat kembali sokong BN

Oleh Zulkofli Jamaludin

Tewas hanya 65 undi gambaran pengundi semakin terpikat corak pentadbiran Najib

MANEK Urai Lama dan Manek Urai Baru adalah dua kubu kuat Pas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai yang berjaya dikuasai Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil, Selasa lalu. Namun, kemenangan di dua peti undi berkenaan gagal membantu BN yang memperoleh 5,283 undi, menawan semula Manek Urai apabila kekurangan 65 undi untuk mencipta kemenangan kali ketiga di kawasan itu daripada 13 pilihan raya sejak 1959.

Perubahan yang menyaksikan 908 pengundi memilih BN berbanding 719 Pas di Manek Urai Lama dan Manek Urai Baru (490, 459), adalah berdasarkan keyakinan pengundi terhadap BN, termasuk janji membina jambatan baru menggantikan jambatan berusia lebih 40 tahun menghubungkan kedua-dua kawasan penempatan penduduk berkenaan.

Angin perubahan pengundi di dua peti undi berkenaan adalah sebahagian daripada tambahan besar 889 undi yang diperoleh BN, berbanding sebanyak 4,392 undi pada pilihan raya umum, Mac tahun lalu.

BN yang mempertaruhkan bekas Pengurus Pemantauan dan Penyelarasan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Tuan Aziz Tuan Mat, 39, juga menang di peti undi Temalir, Manjor, Laloh serta undi pos, tetapi tewas di Sungai Perial, Sungai Sok, Chuchok Puteri dan Lata Rek.

Kejayaan BN menguasai hampir semua undi daripada saluran tiga dan empat menggambarkan pemilih berusia 40 tahun ke bawah, mula memberi kepercayaan kepada Kerajaan Pusat untuk membawa pembangunan ke Manek Urai, yang sebahagian besar penduduk bekerja sebagai penoreh getah, pekebun kecil kelapa sawit dan buah-buahan serta bekerja sendiri.

Pengarah Pilihan Raya Manek Urai, Datuk Mustapa Mohamed menyifatkan pencapaian mengurangkan jumlah majoriti pembangkang kepada 65 undi itu adalah sesuatu yang membanggakan, namun di hati kecilnya mungkin agak kecewa apabila rakyat menolak kesungguhan Kerajaan Pusat untuk membawa pembangunan, bukan saja fizikal tetapi minda bagi membawa penduduk keluar daripada kepompong kemiskinan.

Sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Mustapa yang kelihatan tenang menerima keputusan malam kelmarin, melihat perubahan pengundi di Manek Urai boleh menjadi pemangkin kepada BN untuk menarik lebih banyak sokongan daripada pengundi muda dalam usaha menawan semula Kelantan pada pilihan raya umum akan datang.

Matlamat besar itu bukan mustahil, kerana Pas sendiri dilihat seolah-olah turut menerima kejutan ketika pengumuman rasmi kelmarin, apabila melihat jumlah majoritinya dikurangkan daripada 1,352 kepada 65 undi. Tiada laungan takbir yang menjadi amalan biasa daripada penyokong Pas di Dewan Petra Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra I, sebaik nama Abe Uji (Mohd Fauzi Abdullah) diumumkan sebagai pemenang.

Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa, menyifatkan kemenangan dengan majoriti tipis 65 undi itu sesuatu yang luar biasa, sedangkan Pengarah Pilihan Raya Pas, Abdul Fatah Haron selepas tamat masa mengundi dengan penuh keyakinan memaklumkan kepada media parti berkenaan mampu memperoleh 1,800 majoriti.

Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Sivamurugan Pandian, berkata kemenangan tipis Pas sebanyak 65 undi adalah sesuatu yang memeranjatkan kerana ketika beliau membuat tinjauan awal sebelum tarikh penamaan calon, parti itu mendahului dengan majoriti lima peratus atau 615 undi.

Antara faktor kejayaan BN mengurangkan majoriti ialah kemampuan Umno menyusun strategi yang baik untuk menawan hati pengundi, khususnya pemilih muda dan mereka berusia 40 tahun ke bawah, selain Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri menunjukkan komitmen tinggi menyelesaikan setiap isu rakyat yang berbangkit sebelum ini.

Katanya, sejak sebulan lalu pakatan pembangkang pula dilihat pincang apabila berlaku tindakan parti keluar daripada pakatan pada peringkat negeri, manakala dalam Pas sendiri wujud ‘perselisihan’ pandangan serta pendekatan berpolitik antara Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Timbalan Presiden parti itu, Nasharuddin Mat Isa.

“Berbanding enam pilihan raya kecil lain, di Manek Urai jentera BN menunjukkan komitmen tinggi apabila semua strategi disusun daripada Bilik Gerakan Pusat, yang berjaya memusatkan kegiatan menawan hati pengundi dan mengelak berlaku ‘pembunuhan’ karakter dalam parti.

“Pemilihan Tuan Aziz pula disambut baik oleh kepemimpinan bahagian serta bekas calon dan ini memudahkan jentera parti menumpukan usaha mendekati pengundi,” katanya sambil menambah jika semangat itu diteruskan BN mampu menawan semula hati rakyat Malaysia.

Profesor Politik dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Prof Dr Mohamad Mustafa Ishak, pula berkata kemenangan BN menambah undi di peti undi Manek Urai Lama dan Manek Urai Baru menuntut Umno melaksanakan sebahagian janji untuk membawa pembangunan ke kawasan pedalaman itu.

Katanya, undi yang diberikan sangat penting dan menunjukkan secara keseluruhan sokongan rakyat terhadap BN semakin pulih, tetapi ia menuntut jentera parti pada peringkat Parlimen dan DUN bekerja secara berterusan mendampingi rakyat, khususnya untuk membantu mereka keluar daripada kepompong kemiskinan.

BN perlu membalas sokongan pengundi di lima daripada sembilan peti undi yang dimenangi dengan memberi bantuan kebajikan serta projek pembangunan dan paling berharga kepada jambatan baru di Manek Urai, yang dilihat boleh mendekatkan sokongan rakyat kepada Kerajaan Pusat.

Pilihan raya Selasa lalu, juga menyaksikan kempen yang bersih tanpa sebarang laporan polis selama lapan hari dicemari oleh tindakan provokasi sehingga tercetus kejadian membaling objek dan serangan di hadapan Sekolah Kebangsaan Peria, menyebabkan tiga petugas BN dan seorang petugas Pas cedera.

Lebih mengecewakan gelagat petugas parti yang sanggup melemparkan kata-kata kesat serta nista sesama umat Islam sepanjang pengundian yang boleh menjatuhkan maruah agama Islam.

Justeru, proses kempen yang berjalan tenang di Manek Urai kerana hubungan baik yang terjalin antara penyokong Umno dan Pas setempat, termasuk mempunyai hubungan persaudaraan, dicemari oleh tingkah laku keterlaluan penyokong Pas dari luar yang datang menjelang hari pengundian.

Sepanjang membuat liputan bermula 5 Julai lalu, penulis mendapati penduduk Manek Urai mudah mesra dan bersikap terbuka apabila menerima petugas BN mahupun Pas yang berkempen di rumah mereka. Apa yang menjadi masalah, apabila orang luar datang, tidak mengetahui budaya, malah amat memalukan, apabila mereka berkata menyokong parti yang berjuang untuk Islam, tetapi perbuatan mereka tidak Islam, malah perbuatan itu mencemar nama baik agama Islam sendiri.

Dalam pada mereka berselawat dan berdoa, mereka mencerca, mencaci dan mengata pemimpin lawan. Gelagat itu tidak menggambarkan imej Islam yang diperjuangkan.

Apa yang berlaku di Manek Urai juga menuntut tindakan segera Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengkaji semula keberkesanan larangan semua parti politik bertanding mendirikan pondok panas pada hari mengundi bermula pilihan raya kecil ini. Walaupun tanpa pondok panas, petugas pembangkang dilihat berhimpun dalam jumlah yang ramai di hadapan pintu masuk ke pusat mengundi dan terus merayu undi. Tindakan itu bukan saja bertentangan dengan peraturan SPR yang hanya membenarkan kempen sehingga jam 12 tengah malam, tetapi menyebabkan kesesakan teruk di hadapan tempat mengundi.

SPR perlu lebih tegas menguatkuasakan peraturan dan mengambil tindakan dalam mengendali perjalanan pilihan raya supaya menghalang penyokong parti bertanding menimbulkan provokasi hingga menjejas ketenteraman awam. Selain berkempen menarik sokongan, parti bertanding perlu mengingatkan pemilih mengenai cara mengundi yang betul bagi mengelak kertas undi rosak melebihi majoriti.



Rencana ini aku ambil dari Web Berita....Harian.. Untuk tatapan semua... fikir-fikirkan lah