AL QURAN ONLINE

Listen to Quran

arah kiblat

Selasa, 21 Julai 2009

Sokongan.. Prinsip.. Individu

Umum telah mengetahui bahawa calon PAS.. Abe Uji telah memenangi PRK N41 pada 14 Jul 09 yang lalu dengan mejoriti yang kecil... 64 undi sahaja....
Sebagai insan yang turut terlibat dalam PRK N41... sudah tentu melahirkan kesyukuran diatas kemenangan ini...walaupun ia perbezaan yang kecil, jika dibandingkan dengan kemenangan masa PRU 12 yang lalu..
Berbagai cara telah dilakukan oleh pengundi-pengundi di Manek Urai (MU) untuk menjaga dan mengenalpasti kubu-kubu masing-masing agar tidak ditembusi oleh parti-parti yang bertanding.. Namun apakan daya sikap pengundi dalam kubu tersebut, sendiri yang membawa masuk orang-orang lawan ke rumah masing. Anak-anak perantau yang pulang ke pangkuan keluarga semasa PRK N41 itu sendiri sudah pasti mengharapkan kemenangan di pihak masing-masing.. Sudahkan dibaca pemikiran politik mereka?.. Jangan terlalu yakin dan taksub bahawa mereka menyokong parti itu akan tetap pada parti itu... SUDAH TENTU ADA YANG TIDAK... ini terjadi juga... dimana sebuah rumah dinaiki oleh Orang Kuat UMNO MELAKA? dikepung pula oleh parti satu lagi yang kebetulan mempunyai pos kawalan di kawasan tersebut. Akhirnya Orang Kuat tersebut terpaksa meninggalkan rumah yang dinaiki... namun kelibat anak-anak muda sentiasa keluar masuk.. adakah dapat dipastikan anak-anak muda ni yang dikatakan pro? tapi pada hakikatnya yang dahagakan pembangunan atau sebaliknya... termakan janji manis?...
Fikir-fikirkan lah wahai pengundi MU. Dari pemerhatian kepada peti undi yang menang melalui saluran-saluran yang ditetapkan... saluran 3 banyak mendominasi satu pihak... dominasi ini yang perlu dibuat post mortem oleh pihak yang berkurangan undi....
Apa pun syabas kepada abe Uji kerana telah berjaya menjejakan kaki ke Dewan Undangan Negeri.. akan bergema lah suara beliau di sidang DUN yang akan datang.. Jangan lupa pada asal usul.. ingat abe uji anda juga pengundi seperti yang lain.. gunakan sebaik mungkin amanah yang telah diberikan kepada abe uji...semuga MU akan lebih maju lagi... INSYA-ALLAH.

Ahad, 19 Julai 2009

Manek Urai hidupkan kembali roh Umno

Manek Urai hidupkan kembali roh Umno
Mohd Zuharman
Sun | Jul 19, 09 | 12:14:27 pm MYT

Sama ada benar atau palsu janji dilafazkan dalam kempen pilihan raya kecil (PRK) Dun Manek Urai, namun hakikatnya dari sudut fizikal Umno-Barisan Nasional (BN) telah berjaya mempengaruhi hampir 95 peratus pencapaian majoriti PAS pada pilihan raya umum (PRU) 2008.

Secara tidak langsung percaturan politik Tan Sri Muhyiddin Yasin selaku Timbalan Presiden Umno, seolah-olah hampir memberi pukulan maut tidak mampu disangkal oleh PAS.

Sebagaimana dilaporkan, BN mendominasikan seluruh jentera kerajaan sebagai senjata kempennya. Tetapi umpan dilihat paling berkesan ialah janji projek jambatan baru, kota agropolitan dan anak emas.

Selain itu taktik paling buruk dan kotor seperti mana didakwa pihak lawannya ialah sogokan rasuah bernilai tinggi sehingga mencecah ribuan ringgit.

Sejauh manakah kebenaran itu, tuhan saja yang maha tahu. Yang pasti kemenangan tipis PAS menggambarkan keupayaan Umno mengubah senario politik semasa di Manek Urai. Secara tidak langsung Umno boleh berbangga walaupun tewas di pertarungan kali ini.

Tinjauan The Malaysian Insider sepanjang tempoh berlangsungnya kempen pilihan raya ternyata PAS lebih terkehadapan menguasai keadaan berbanding Umno.

Hampir setiap tempat, bermula dari Sungai Sok hingga ke Laloh program PAS sentiasa sesak, laungan takbir tanda sokongan padu kepada parti itu tidak pernah menyepikan kesunyian malam.

Apatah lagi kalau melihat tiga malam terakhir, mengikut adat Umno sudah boleh gulung tikar dan angkat bendera putih. Kehadiran Anwar Ibrahim di kampung Peria disambut 5,000 penyokong. Tetapi program Umno yang diadakan bersebelahan cuma dihadiri penonton seramai paling tinggipun 50 orang. Betapa nazak sambutan diberi kepada BN.

Benar kata orang, di dalam politik serba kemungkinan. Sebab itu banyak telahan dan spekulasi jarang menepati sasaran hatta dari penganalisis politik hebat sekalipun.

Kehadiran ribuan audien tidak boleh dijadikan referendum kekuatan sesebuah parti kerana mungkin ia terdiri daripada penyokong-penyokong luar kawasan. Jadi, tidak wajar persoalan ke mana pergi ribuan penyokong yang pernah membanjiri ceramah PAS sebelum ini dikaitkan dengan kemenangan tipis dialaminya.

Sebaliknya PAS akan diihat lebih rasional sekiranya cuba beralternatif mencari di mana pengundi luar seramai lebih 1,000 orang dikatakan penyokong tegar PAS dilaporkan pulang dan memberi jaminan mengundi bulan?

Mengambil sikap berterusan menyelar parti lawan menggunakan rasuah selepas keputusan sudahpun muktamad bukan jalan penyelesaian sesuatu masalah. Jika benar dakwaan itu serahkan saja kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan selanjutnya. Mengadakan 'domestic inquiry' parti barangkali lebih utama.

Walau apapun, perspektif politik pasca PRK Dun Manek Urai 14 Julai menjadi momentum baru kepada kedua-dua parti menghadapi PRU akan datang.

Justeru PAS tidak wajar berbangga dengan bayang-bayang sendiri menjulang kemenangan tipisnya itu. Sebaliknya PAS mesti sedar bahawa roh Umno telah kembali pulih di Manek Urai bagi mengisi methodologi baru menjejaki rentak lawan. - mns_


diceluk dari harakahdaily.net