AL QURAN ONLINE

Listen to Quran

arah kiblat

Jumaat, 11 Jun 2010

7 Sunnah RasulluAllah

Jaga 7 Sunnah Rasul

Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, tapi rindukan mati. Kerana mati adalah pintu berjumpa Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan ketakwaan.

Hendaklah kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi S.A.W setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi S.A.W itu adalah:

Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seseorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua:
Membaca Al qur'an sebelum terbit matahari. Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkatan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam:
Jaga wudhu' terus menerus kerana Allah menyayangi hambaNya yang berwudhu'. Kata khalifah Ali Bin Abu Thalib: "orang yang selalu berwudhu' senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak bersolat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditngkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Selamat beramal, semoga bermanfaat insya Allah..

Catatan oleh... ibnu yusof
Just cut and paste... jangan marah lah... tak ada idea ne...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan