Solat Sunat Hadiah
1. Ianya dilakukan selepas jenazah dikebumikan
2. Ianya dilakukan berseorangan
3. Waktu Afdal antara Magrib ke Isyak malam pertama jenazah dikebumikan
4. Dilakukan sebanyak 2 rakaat
5. Niat "Ussali sunattan Hidayati rok-attaini adaan Aalilahi Taala"
Sahaja Aku solat sunat hadiah 2 rakaat kerana Allah Taala
6. Rakaat pertama selepas surah Al-Fatihah, Baca Surah At-Takathur 1 kali, Surah Kursi 3 Kali dan surah Al Ikhlas 11 Kali
7. Rakaat Kedua selepas surah Al-Fatihah, Baca Surah At-Takathur 1 kali, Surah Kursi 3 Kali dan surah Al Ikhlas 11 Kali (Sama)
8. Selesai solat Berdoalah seperti berikut
Ya Allah Ya Tuhanku, Sesungguhnya aku telah mendirikan solat ini, maka aku memohon padamu memberi ganjaran pahala solat ini kepada Allahyarham/mah "Nama bte Nama".
Terdapat dalam satu kitab sesungguhnya pada malam pertama jenazah dikebumikan maka satu suasana yang maha hebat berlaku dalam liang kubur itu maka dengan solat ini dari anak /kaum keluarga /waris atau sahabat handai moga dilapangkan dan memberi ketenangan kepada arwah didalam kubur.
Ia juga mengiringi kematian orang yang dikasihi dengan doa semoga mendapat keampunan dan Rahmat Allah sehingga ke hari Akhirat
Wallahu Alam.
Makluamt ini ku perolehi setelah bersembang dengan mak.... tentang solat2 sunat... terima kasih...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan