AL QURAN ONLINE

Listen to Quran

arah kiblat

Rabu, 17 Februari 2010

PERKELAHIAN SUAMI ISTERI

Assalamualaikum….

Terlebih dahulu saya mengucapkan jutaan terima kasih
kerana ada yang menghalau saya keluar dari rumah...
yang mana rumah itu adalah kepunyaan dia...hasil titik
peluh dia,.. aku dan anak2 hanya menumpang dirumah tersebut
......... terpulanglah kepada anda, kerana semuanya
saya serahkan kepada Allah swt.

Saya berharap kepada yang cuba untuk menjadi batu api
kalau anda belum merasai asa garam kehidupan rumah tangga
usah libatkan diri..nanti anda berumah tangga anda
akan merasai betapa perit menjaga hati budi masing??

Kasih sayang perlu ada untuk menjamin kebahagiaan
sesebuah rumahtangga. Sebaliknya di dalam sebuah
rumahtangga kasih sayang sudah tidak ada, tidaklah
akan ujud perpaduan. Akibatnya, kalau ada sedikit
kesalahan, ia akan diperbesarkan. Inilah kata orang,
salah kecil jadi besar. kalau ada kasih sayang, salah
besar jadi kecil dan kalau salah kecil langsung tidak
nampak. jadi suami-suami adalah bertanggungjawab
memberikan kasih sayang terhadap isteri-isteri serta
memupuk dan mempertingkatkannya. Hasil dari para suami
menunjukkan sikap kasih dan sayang kepada
isteri-isteri akan terhibur hati di samping para suami
kerana hati mereka dijaga.

Di sinilah letaknya ilmu tasauf di dalam menjaga
kerukunan rumahtangga. Di sini jugalah akan
terlahirnya sifat-sifat yang terpuji seperti kasih
sayang, lemah lembut, pemaaf dan sebagainya.

Demikianlah di antara tindakan-tindakan suami terhadap
seorang isteri yang sudah melahirkan tanda-tanda
nusyuz atau tanda-tanda derhaka. Suami tidak
dibenarkan oleh syariat bertindak lebih dari itu
seperti memukul dan sebagainya. Lebih-lebih lagi
menjatuhkan talak ke atasnya. Begitu juga, suami
isteri yang demikian tidak wajar pergi mengadukan
masalah rumahtangganya ke pejabat-pejabat kadi.
Kerana, jalan-jalan syariat telah ditunjukkan Allah
swt.Kerana kesabaran insan yang bergelar suami
ada batasnya juga.

Walau bagaimanapun, sudah memang sifat kejadian
manusia ini mengandungi salah silap akibat dari
kelalaian dan kelupaan. Ketika manusia ini lalai dan
lupa, maka ketika itulah berlaku nusyuz seorang isteri
terhadap suaminya. Jadi, walau pun kadang-kadang,
suami telah memberinya didikan dan asuhan dari segi
ilmu Tauhid, Fekah dan Tasauf, namun perbuatan nusyuz
itu tetap juga berlaku. Boleh jadi, dia telah
terang-terang menunjukkan perbuatan kederhakaannya
kepada kita.

Apakah yang harus dibuat oleh suami ketika itu?
Bolehkah suami-suami memukul isterinya ketika ini?
Memang Suami tidak dibenarkan oleh syariat
bertindak memukul isterinya, walaupun dia sudah
terang-terangan derhaka kepada suami. Kalau kali
pertama tadi, suami dikehendaki memberi nasihat dan
sebagainya, maka tindakan suami bagi peringkat kedua
ini ialah dengan berpisah tidur daripadanya.

Ertinya, suami yang mendapati isterinya menunjukkan
kederhakaannya dengan nyata boleh bertindak menjauhkan
diri daripada tidur bersama isterinya itu. Umpamanya,
isteri tidur di dalam bilik, suami tidur di luar,
bukan di luar rumah. Ketika suami bertindak itu,
tindakannya boleh diceritakan kepada isterinya itu.
Katakan yang kita bertindak demikian kerana mendapati
yang dia terang-terang menderhaka. Cuma, maklum
sajalah di dalam zaman moden ini yang mana lelaki
perempuan bergaul bebas. Mungkin dengan kita bertindak
begitu, dia buat tidak peduli sahaja kerana esoknya
ketika di pejabat, dia ada kawan lain untuk menghibur
hatinya. Kerana demikian, kadang-kadang tindakan kita
tidak memberi kesan kepada jiwanya yang sudah rosak.

Akibat dari itu, walaupun sudah sampai dua tiga malam
kita pisahkan daripada tidur bersama isteri, namun
kesannya tidak ada dan dia tetap juga menunjukkan
sikap nusyuz atau derhakanya kepada kita. Ertinya,
tindakan kedua tidak mendatangkan apa-apa. Maka itu,
syariat Islam membenarkan suami memukul isterinya itu
dengan syarat isterinya itu boleh mendapat manfaat.

Dalam hal ini, suami-suami hendaklah menilai kedudukan
isteri di tengah masyarakat. Boleh jadi, dia seorang
pendidik atau sebagainya yang mana kalau pukulan kita
itu boleh memalu dan menghinanya, menyebabkan dia lari
dari kita, ertinya pukulan kita itu tidak memberi
faedah apa-apa. maka tidak bermaknalah kalau kita
memukul isteri kerana dia berlaku nusyuz. Jadi syarat
kita memukul isteri di dalam firman Allah bermaksud:

“Akan isteri-isteri yang kamu takuti perderhakaan
mereka, berilah nasihat dan berpisah tidurlah kamu
daripada mereka dan pukullah mereka itu.” An Nisa’
:34


Boleh kita lakukan, tetapi syaratnya mestilah ia
memberi faedah. Kalau dengan kita memukul itu, ia
tidak memberi faedah apa-apa kepada isteri, maka dia
tidak boleh dipukul. Di zaman moden ne.. sentuh n lebam
isteri buat report polis maka suami akan jadi OKT
sehingga kes selesai disiasat.. Sampai bila???

Maka syariat membenarkan suami tidak menegur sapa
isterinya dengan syarat tidak melebihi tiga hari.
Haruslah suami ingat bahawa tempoh yang membenarkan
hanyalah tiga hari. Jika lebih dari tiga hari hukumnya
haram. Ini adalah kerana diharap dalam tempoh tiga
hari itu, isterinya akan berubah menjadi kian baik
dari hari kesehari. (Walaupun dilakukan berulang kali
isteri memang ego)

Seandainya setelah keempat-empat tindakan tadi
dilakukan oleh seorang suami, masih tidak ada
perubahan, maka ketika itu bolehlah suami tadi mengadu
kepada pejabat kadi. Pihak kadi akan menyiasat tentang
siapakah yang bersalah dan siapakah yang benar dan
berdasarkan fakta-fakta tersebut, pihak kadi akan
bertindak dalam menyelesaikan kes tersebut.

Jadi, kalau kita perhatikan di sini, jalan-jalan yang
dilalui dalam menyelesaikan masalah nusyuz seorang
isteri terhadap suami bukanlah sewenang-wenangnya.
Tidak boleh bagi seorang suami, apabila isteri baru
menunjukkan tanda-tanda nusyuz, dia terus bertindak
sehingga membawa kepada perceraian. Dan si isteri pula
hendaklah memerhatikan tanda-tanda yang membawa dia
kepada menderhakai suami kerana yang demikian itu
boleh menjebakkan dirinya kepada perbuatan haram.

Si isteri jangan sekali-kali menganggap enteng
sikap-sikap yang membawa kepada tanda-tanda nusyuz
atau derhaka itu kerana percuma sahaja mendapat dosa.
Sedangkan si suami yang sabar menempuh jalan-jalan
tadi, akan diberi pahala besar oleh Allah.

Para isteri hendaklah sedar betapa tanggungjawab
seorang suami itu adalah begitu berat sekali. Mungkin
isteri mudah sekali mengeluarkan kata-kata yang keras
dan lantang apabila suaminya menyuruh membuat sesuatu
yang tidak disukainya. Tetapi, tidakkah si isteri
terbayang betapa beratnya proses yang ditempuh oleh si
suami dalam hendak menyelamatkan rumahtangga daripada
hancur berkecai lantaran hendak menyelamatkan isteri
daripada terjun ke dalam neraka.

Di samping itu, kalau sekiranya si suami hanya
membiarkan isterinya tanpa dididik dan diasuh dari
segi syariat samada di bidang Tauhid, di bidang Fekah
ataupun di bidang Tasaufnya, apabila si isteri
melakukan dosa, percuma saja si suami menanggung dosa
itu bersama. Kerana seorang suami itu tidak akan
terlepas daripada soal jawab di akhirat nanti tentang
apakah yang telah dibuatnya terhadap anak-anak dan
isterinya.

Sebab itulah para suami mesti mewajibkan isteri-isteri
mereka mencari ilmu di bidang fardhu ain, kalau si
suami tidak boleh melepaskan tuntutan itu sendiri.
kalau si suami boleh mengajarnya sendiri, wajib dia
melakukannya tetapi kalau suami tidak boleh mengajar
anak isteri, wajib dia menghantar supaya mengaji
fardhu ain pada tuan-tuan guru, ustaz-ustaz atau
ustazah-ustazah. Inilah tanggungjawab yang amat berat
dipikul oleh seorang suami di samping tanggungjawab
menyediakan tempat tinggal, makan minum serta pakaian.

Kemudian para isteri juga tidak akan terlepas daripada
tanggungjawabnya sendiri terhadap suami. Ini dapat
kita simpulkan daripada hadis Rasulullah saw.
Pertamanya, seorang isteri itu mestilah ada maruah
terhadap suaminya. Ertinya, seorang isteri itu mesti
menjaga adab sopan serta tata-tertibnya di hadapan
suaminya. Dia tidak boleh menganggap suaminya macam
kawan-kawannya sahaja dan tidak boleh sama sekali
mengecil-ngecil dan merendah-rendah martabat suaminya.

Ini sering berlaku di zaman ini kerana antara suami
dan isteri kebanyakannya sudah kenal mengenal sebelum
berkahwin. Perbuatan itu sangat dilarang oleh syariat
dan hukumnya haram. Melalui pergaulan haram tadi iaitu
sebelum berkahwin, apabila mereka sudah diijab
kabulkan, masing-masing seperti dua orang kawan biasa.
Jadi si isteri merasakan suaminya sebagai teman biasa
sahaja hinggakan dalam panggilan pun, kedua-duanya
hanya berbahasa “I” dan “You” sahaja.

Padahal syariat menghendaki seorang isteri itu
sentiasa rasa malu terhadap suami, segan dan rasa
rendah diri terhadapnya. Isteri mestilah merasakan
yang suami itu adalah orang yang berkewibawaan, yang
dapat memimpin dan mendidiknya kepada jalan selamat
samada di dunia mahu pun di akhirat.

Yang kedua, seorang isteri mestilah menutup
penglihatannya terhadap orang laki-laki yang bukan
muhrimnya. Ertinya, seorang isteri tidak boleh
memandang orang-orang lelaki lain melainkan suaminya
dan lelaki yang sama muhramnya. Ini adalah kerana bagi
mengelakkan para isteri terpengaruh atau tertarik
kepada laki-laki lain.

Yang ketiga, seorang isteri itu mestilah patuh
terhadap perintah suami kecuali arahan-arahan yang
berlawanan dengan Al Quran dan sunnah. Umpamanya suami
menghalang isterinya dari mengerjakan sembahyang.
Isteri tidak boleh patuh kepada arahan itu.

Yang keempat, seorang isteri mestilah diam ketika
suaminya sedang bercakap. Syariat melarang para isteri
menyampuk-nyampuk cakap suami. Umpamanya, ketika suami
sedang bercakap, si isteri memotong cakap suami itu
tadi kerana maklum sajalah isteri-isteri zaman ini
kadang-kala memiliki keilmuan yang sama taraf dengan
suami malah ada yang sampai PHD dan si suami sekoalah rendah.
Tentulah si isteri merasakan yang dia juga
berhak memberi buah fikirannya. Dan tentulah dia tidak
mahu menjadi ‘Pak Turut’ sahaja.

Sebenarnya para isteri tidak boleh berbuat demikian,
walaupun mungkin dia lebih pandai daripada suaminya.
Dia mestilah diam dan mendengar saja setiap buah fikir
percakapan suaminya. Kalau pun dia perlu bercakap,
hendaklah dia menunggu sampai suami tidak lagi
bercakap. Tetapi selagi suaminya sedang bercakap, dia
mesti diam serta tunduk memberi penghormatan.

Yang kelima, seorang isteri itu mestilah berdiri
ketika suami datang kepadanya.

yang keenam, seorang isteri itu mestilah mengundurkan
diri ketika suami hendak tidur.

Yang ketujuh, si isteri hendaklah sentiasa memakai
bau-bauan untuk suami mereka agar dia dapat menarik
kasih sayang suaminya. Yang menjadi satu keanehan
ialah para isteri zaman sekarang, hanya akan berhias
dan berwangi-wangian ketika hendak pergi ke
majlis-majlis. Apabila di depan suaminya, dia tidak
kesah tentang dirinya. Sedangkan perempuan dilarang
oleh syariat untuk memakai bau-bauan ketika keluar
rumah hingga dihidu oleh orang lain. Kebanyakan
isteri sekarang memang kurang suka bau-bauan bila
dengan hendak tidur dengan suami tetapi bila berada
hendak keluar rumah bauannya semerbak harum..
sehingga suami pun naik benci...

Kelapan, seorang isteri mesti menjauhkan badannya
daripada berbau busuk. Dia mestilah sentiasa menjaga
kebersihan badannya supaya dapat memikat keinginan
para suami. hal ini tidak payah sangat hendak kita
sebutkan pada para perempuan zaman ini kerana sudah
memang trend kaum wanita zaman ini sentiasa menjaga
badannya. Kadang-kadang ada yang menahan dari makan
dan minum kerana hendak menjaga badan supaya sentiasa
ada ‘potongan’. Sampai kadang-kadang para suami pun
naik bingung melihat isterinya memelihara badan
sebegitu rupa. Kekadang Lalang pun pun tak bertebas
jijik..potong lah untuk hiburkan hati suami..

Padahal kalau difikir-fikirkan, berapa lamalah sangat
tahannya badan kita ini. Paling maksima, 50 tahun.
Lepas itu badan pun entah ke mana. Sepatutnya yang
mesti dijaga sungguh-sungguh ialah ruh badan kerana
yang akan berhadapan dengan pertanyaan Allah ialah
ruh. Ruh jugalah yang akan merasai azab.

Yang kesembilan, seorang isteri wajib berhias di
hadapan suami. Di belakang suami isteri tidak wajib
berhias, lebih-lebih lagi jika boleh mendatangkan
fitnah. Kalau keluar rumah lebih cantik sedangkan
duduk dirumah hanya berbaju kelawar?? wajarkah??

Kesepuluh, isteri dilarang berhias ketika suaminya
tiada.

Kesebelas, si isteri jangan berkhianat kepada suaminya
ketika suaminya tiada di rumah. Juga tidak berkhianat
terhadap harta-harta suaminya. malah jika ada orang
datang ke rumah, tidak boleh dibenarkan masuk
sekiranya tidak mendapat keizinan suaminya. Ini jarang
berlaku sekarang ini.. pantang adik beradik datang pun
dipelawa masuk walau pun suami tiada dirumah dan tidak
pula meminta izin dari suaminya?? apa ke halnya?

Ketiga belas, si isteri mestilah merasa puas jika
sedikit diberikan suaminya. Ertinya, penghargaan yang
besar haruslah diberi terhadap pemberian yang kecil
oleh suami... Walaupun gaji kecil dia tetap membuat potong
bulanan kepada isterinya.. dan isteri sepatutnya bersyukur..

Keempat belas, isteri tidak boleh menolak sekiranya
suaminya berkeinginan terhadapnya. Dalam hal ini,
Rasulullah sendiri ada menyebutkan betapa pelawaan
suami itu mesti ditunaikan oleh isteri-isteri walaupun
di atas bonggol unta.

Kata Rasulullah lagi, kalau seorang isteri itu menolak
pelawaan suaminya bila tidur malam dan suaminya terus
tidur dalam keadaan marah, sepanjang malam itulah si
isteri dilaknat para malaikat.

Yang kelima belas, seorang isteri tidak boleh keluar
rumahnya tanpa izin dari suaminya. Sekiranya dia
keluar juga tanpa izin suaminya, seluruh makhluk di
dunia termasuk para malaikat akan melaknatinya
sehinggalah dia bertaubat dan kembali kepada suaminya.

Demikianlah di antara tanggungjawab seorang isteri
terhadap suaminya. Dan kalaulah para isteri dapat
memikul tanggungjawab tersebut, dia akan menjadi
isteri yang solehah. Dan di sini juga, para suami akan
dapat menyuluh para isteri masing-masing sejauh
manakah isteri-isteri mereka telah dapat dididik dan
memikul tanggungjawab tersebut.

“Adapun perempuan-perempuan yang soleh itu, mereka
yang taat kepada Allah dan suaminya dan memelihara hak
suaminya sewaktu suaminya tidak ada.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan