|
Ahad, 17 Julai 2011
Dr Lo' Lo' Ahli parlimen Titiwangsa telah Kembali Ke Rahmatullah...
Khamis, 14 Julai 2011
Apa yang Anda Mahu
Seminggu telah berlalu perhimpunan yagn dianggap haram kerana tidak ada permit dan pertubuhan tu tak berdaftar. Lain kali parti atau badan NGO terbabit mohon terus permit. Tidak payah bentuk jawatankuasa lain. Direct to the point who is the leader. Saya tidak menyokong mana-mana tapi kesian kepada yang menjadi mangsa belasahan serta pancutan air kimia dan gas pemedih mata. Sakit dan perit, banyak gambar serta visual dirakam menunjukan keadaan lokasi kejadian. Apa pun syabas kepada kedua-dua pihak. Pihak satu lagi berjaya mengumpul orang ramai walau dikepung n provokasi serta serangan sikologi dilakukan namun orang ramai tetap datang. Pihak satu lagi pula mengambil tindakan begitu agresif sampai ke tahap menangkap dan sehingga tidak mengeluar permit atas alasan pertubuhan HARAM.. Sedangkan SPBYDPA telah mengizinkan serta menyarankan agar kedua pihak bertolak ansur serta bertindak secara profesional. Baginda mahukan keamanan negara kita dipelihara dan segala masalah diatasi dengan bijaksana bukan dengan cara ikut suka hati.. Sepanjang pemerhatian didapati banyak tangkapan dibuat tapi apa tujuan tangkapan tu.. Kenapa tidak dikepung semua yang berkumpul dan dibawa ke satu tempat yang luas dan diambil keterangan semua sekali.. Tanya mereka adakah mereka dibayar untuk hadir...jadi jangan jadi pembohong lah..lepas tu keluar pula gambar Mat Bangla dengan PATRIOT..kesian Mat Bangla tu tak pasal-pasal kena 'kuda'. Ini rasaya yang diupah...Minggu ini keluar pula kenyataan yang mereka tidak menghalakan ke hospital, ini disahkan pula oleh menteri kesihatan dan lembaga pengarah.. Mungkin mereka buta mata tapi kamera dan visual tidak tipu.. Saya tidak masuk mana-mana pihak, tapi kekadang sakit hati dengan kenyataan yang seolah-olah berat sebelah dan macam zaman purbakala.. wsalam
Selasa, 24 Ogos 2010
Royalti: Kelantan dijangka fail saman Petronas 30 Ogos
|
Isnin, 23 Ogos 2010
Simbah Cat di Surau...
KUALA LUMPUR, 23 Ogos: Insiden sebuah surau di Taman Pulai Impian, Sikamat, Seremban yang disimbah cat merah pagi tadi mendapat kecaman hebat dari banyak pemimpin Pakatan Rakyat.
Melalui sesawang sosial Twitter, didapati Anthony Loke Siew Fook, Ketua Belia DAP Nasional paling awal mengutuk tindakan tidak demokratik tersebut.
"Sebuah surau di Pulai Taman Impian, Temiag Seremban itu disimbah dengan cat merah pagi tadi, gila!"
"Sangat menghinakan tindakan yang tidak bertanggungjawab itu apabila menyerang tempat ibadah, khususnya surau pada bulan Ramadhan yang suci," ujarnya yang juga Adun Rasah seperti dipetik dari http://twitter.com/anthonyloke.
Lim Kit Siang, Penasihat DAP kemudiannya mengajak seluruh rakyat Malaysia supaya mengutuk aktiviti vandalisme tersebut.
"Semua rakyat Malaysia mesti mengutuk vendalisme dengan menggunakan cat merah di surau baru Taman Impian Pulai Temiah Seremban," ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur dari http://twitter.com/limkitsiang.
Menurut Chegubard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin, Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) pula, perbuatan tersebut semata-mata mahu membangkitkan sentimen agama dan perkauman.
"Surau di seremban disimbah caj dan dibaling botol arak!! Ini kerja orang nak bangkitkan sentimen agama/kaum.." ujar beliau dari http://twitter.com/chegubard.
Beliau juga menyifatkan perbuatan itu menguntungkan parti-parti perkauman di tanah air.
"...mereka tak henti cuba bakar sentimen kaum/agama. Parti kaum yang untung!!" siulnya lagi di Twitter.
Manakala Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS kemudiannya didapati turut senada dengan CheguBard, iaitu mendakwa pemimpin Umno BN acap kali meniupkan sentimen perkauman belakangan ini.
"Pemimpin Umno/BN terlalu mainkan sentimen perkauman sejak akhir-akhir ini dan boleh jejaskan keharmonian kaum," ujarnya seperti dipetik dari http://twitter.com/dato_mustafaali.
Lanjutan itu, beliau turut mempersoal motif permainan politik Umno BN itu.
"Apa motif?" siulnya lagi di Twitter.
Melihat pada siulan para pemimpin Pakatan Rakyat terbabit, didapati mereka masing-masing menganggap insiden itu berpunca oleh amalan politik perkauman yang sempit
Nukilan:Dzulfikar Mashoor
Petikan dari Harakahdaily.net
Selasa, 3 Ogos 2010
Apa Dah jadi....
Umno bertahan dengan tentera upahan
| Zulkifli Sulong |
| Kenyataan Abdul Hadi ini dibuat dalam sessi sembang dengan beliau di pejabat Harakah semalam ketika negara sedang menyaksikan tindakan keras diambil oleh polis terhadap pelbagai program anjuran pelbagai pihak khasnya Pakatan Rakyat. Ia dikatakan dibuat berdasarkan arahan agar menyekat semua program Pakatan Rakyat termasuklah majlis memperingati 50 tahun ISA di seluruh negara dan Himpunan Warga Felcra Kebangsaan di Felcra Bandar Seberang Perak, Changkat Lada, Pasir Salak. 36 telah ditangkap polis di majlis memperingati ISA di seluruh negara termasuk di Kota Bharu manakala 16 di perhimpunan Felcra di Pasir Salak. "Umno sekarang hidup dengan tentera upahan. Mungkin kenyataan saya ini kasar sedikit tetapi itulah realitinya. Bukan aqidah atau ideologinya yang memenangkan Umno tetapi jentera kerajaan," kata Abdul Hadi. Bagaimanapun, beliau yakin, masyarakat tidak akan boleh ditipu Umno untuk selama-lamanya. "Apa yang perlu adalah kita sabar dalam perjuangan disertakan dengan kerja kuat. Sejarah pilihan raya khasnya pilihan raya kecil di negara ini membuktikan PAS akan menang di kawasan yang kita kuat dan banyak cawangan," katanya lagi. Beliau memberikan contoh kejayaan PAS dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu dan Bukit Gantang kerana kerja kuat dan cawangan PAS yang banyak di situ. "Oleh itu, sebagai persiapan saya menyeru supaya PAS memperbanyakkan cawangan di seluruh negara. Kenapa Kelantan dan Kedah kita menang? Kerana di sana banyak cawangan PAS," kata beliau dalam pertemuan itu. Abdul Hadi menolak teori yang mengatakan pencapaian PAS akan merosot dalam pilihanraya umum ke 13 selepas berjaya besar dalam pilihan raya umum ke 12 lalu. "Saya tidak percaya kepada teori sebegini termasuk ramalan sotong. Saya yakin kalau kita kerja keras dan betul strateginya kita akan menang lebih besar dalam pilihan raya umum akan datang," katanya. Mengikut sejarahnya, kejayaan PAS akan turun naik dalam pilihanraya umum di mana pencapaian PAS akan jatuh dalam pilihan raya yang melibatkan persempadanan semula kawasan pilihan raya kerana BN sentiasa menggunakannya untuk kepentingan parti yang memerintah itu. Dalam pertemuan itu juga Abdul Hadi menyeru umat Islam di negara ini memberikan peluang kepada PAS pula untuk mentadbir negara bagi menggantikan Umno yang sudah diberi peluang lebih 50 tahun. "Melayu dan Islam tetap menjadi teras politik di negara ini. Sudah lebih 50 tahun Umno diberi peluang untuk mentadbir dengan konsep ketuanan Melayu berlandaskan sekularisme barat dan Islam hanya hadir tanpa kuasa. "Saya rasa sudah tiba masanya Melayu kembali kepada Islam dan memilih PAS untuk menggantikan Umno bagi mentadbir negara ini," kata Abdul Hadi. Beliau juga berkata, kerajaan BN sekarang sengaja memberikan subsidi kepada rakyat dalam keadaan yang sangat sedikit. "Subsidi ini sekadar untuk membolehkan rakyat hidup tetapi rakyat tidak boleh berlari. Ia sengaja dibuat untuk mengawal rakyat," kata beliau dalam pertemuan itu. Laporan lanjut dalam Harakah cetak Jumaat ini. |
Isnin, 2 Ogos 2010
Skap Manusia....
Kerajaan, JPJ langgar keputusan mahkamah?
| Wartawan Kita |
| KOTA BHARU, 2 Ogos: Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Kelantan yang telah bermesyuarat semalam mengambil keputusan mendesak kerajaan Malaysia memberhentikan tindakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menghalang pemilik kenderaan memperbaharui cukai jalan dan lesen kenderaan akibat menerima saman ekor. Pengerusinya, Hisham Fauzi berkata, ini adalah sebagaimana yang telah diputuskan oleh mahkamah di dalam kes Leonard Lim Yaw Chiang –vs- Director Of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak & Anor [2009] 6 CLJ 280 yang secara jelas menyatakan bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan tidak boleh menyenarai hitam kenderaan semata-mata dengan saman ekor. Ini kerana, tindakan menyenaraihitamkan kenderaan atas sebab saman ekor adalah bertentangan dengan seksyen 17 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan merupakan satu perlanggaran kepada Artikel 13 Perlembagaan Persekutuan. “Jadi, setelah sedemikian diputuskan oleh mahkamah, kenapakah pihak kerajaan dan JPJ masih melakukan perkara ini? Tidakkah keputusan mahkamah ini perlu dihormati dan diikuti?” ujarnya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini. Tegasnya, tindakan sebegitu adalah merupakan suatu penganiyaan ke atas rakyat Malaysia dan perlu diberhentikan segera. “Kami juga dengan ini mendesak agar Kerajaan Malaysia dan JPJ bersegera dalam menarik balik penyenaraian hitam ini kerana isu ini sudahpun diselesaikan oleh mahkamah,” katanya yang juga Naib Ketua Pemuda PAS Kelantan. Tambahnya, tinggal lagi sama ada Kerajaan Malaysia dan JPJ mahu mematuhi perintah mahkamah tersebut atau tidak. “Pihak kami juga berkeputusan bahawa jika situasi ini tidak berubah, maka suatu tindakan perundangan lain akan dimulakan bagi membela rakyat yang secara nyata telah ditindas dalam isu ini,” ujarnya. |
Apa Nak Dikata????
Tahanan lari, pecat Menteri Dalam Negeri
| http://syukran.wordpress.com |
| Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mahu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dipertanggungjawabkan dan dipecat dari jawatannya berikutan insiden 20 tahanan warga Afghanistan yang melarikan diri dari Depoh Tahanan Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) awal pagi Ahad baru-baru ini. DPPWP bersetuju dengan kata dua yang diberikan oleh Menteri kepada Ketua Setiausaha kementeriaan itu dan juga kepada Ketua Pengarah Imigresen termasuklah mengarahkan pegawai yang bertugas menjaga tahanan itu ditukarkan segera. Tetapi ini adalah insiden kali kedua melibatkan depoh tahanan yang sama, kali pertama berlaku adalah pada awal bulan Mac yang lalu dimana 12 rakyat rakyat Afghanistan dan empat rakyat Myanmar, yang semuanya lelaki berumur 22 hingga 48 tahun berjaya melarikan diri. Oleh itu, pihak Menteri yang sama perlu ambil tanggungjawab untuk letak jawatan atau dipecat.Bukan tahap keselamatan dan pengawasan di depoh itu sahaja yang dipersoalkan, tetapi rakyat juga berada dalam keadaan ketakutan kerana negara ini semakin tidak selamat berikutan begitu ramainya pendatang tanpa izin (PATI) termasuklah mereka yang dikategorikan sebagai tinggal lebih masa selepas VOA (Visa on Arrival) mereka tamat. DPPWP setuju jika VOA ditamatkan kerana usaha lain boleh dilakukan bagi menarik kehadiran pelancong. Dan DPPWP mahu kerajaan menjimatkan wang negara berikutan kos penghantaran kian meningkat. RM 30.2 juta telah dibelanjakan bagi menghantar PATI ini, dengan kos harian mereka dipusat tahanan mencecah RM 30 seorang. Proses penghantaran mereka ke negara asal perlulah dipercepatkan dan DPPWP mempersoalkan kenapakah 20 tahanan yang lari ini masih diletakan dalam tahanan walaupun sudah ditangkap sejak Disember tahun lepas. Hampir 8 bulan mereka duduk percuma didalam tahanan di negara ini dengan semua perbelanjaan ditanggung rakyat. DPPWP mencadangkan agar Kerajaan memperketatkan pengurusan PATI ini dengan membahagikan sebahagian besar kos pembiayaan menghantar mereka pulang kepada Kerajaan di negara asal mereka. Selain itu, Kerajaan juga perlulah meningkatkan penguatkuasaan undang-undang dibawah kelolaan Imigresen dimana bagi mereka yang didapati tinggal secara haram dinegara ini hendaklah ditangkap dan dipenjarakan untuk satu tempoh tertentu sebelum dihantar ke negara asal. Dalam tempoh tahanan itu mereka diberikan hukuman bekerja didalam sektor yang boleh mengaut dana untuk menampung kos mereka dihantar pulang seperti membuat kerja-kerja dobi dan yang bersesuaian. Konsep ‘Industrial jail’ bukan sahaja akan menahan mereka tetapi memastikan negara tidak rugi dan dapat mengunakan khidmat mereka secara percuma atau dengan bayaran yang amat rendah untuk menjana industri yang dibina dibawah kelolaan kerajaan atau dengan kerjasama industri. Gaji dan pendapatan mereka diberikan terus ke dalam akaun kerajaan bagi menampung kos mereka dalam tahanan dan kos penghantaran mereka. Dalam masa yang sama, jumlah kemasukan pekerja asing dihadkan. Apa pun jua, DPPWP akui bahawa kita berdepan dengan soal keselamatan, kedaulatan dan intergriti negara serta dalam masa yang sama kita juga berdepan dengan isu kemanusiaan. Namun kita perlu membuat pilihan yang tepat kerana kita tidak mahu Kerajaan menghabiskan wang negara bagi perkara-perkara yang tidak sepatutnya berlaku dan boleh dielakan jika kawalan sempadan diperketatkan. Saban hari negara ini dibanjiri PATI yang jumlahnya kini dianggarkan lebih dari 1 juta orang dan masih berkeliaran. Prospek jenayah dan ancaman sindiket antarabangsa mencipta ketakutan. Oleh itu DPPWP mahu Menteri bertanggungjawab dan dipecat. Struktur pentadbiran dan undang-undang berkaitan pengurusan pekerja asing dan PATI ini juga hendaklah diperbaharui segera. Herman Samsudeen, Pemangku Ketua, Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan. |
Langgan:
Catatan (Atom)
