AL QURAN ONLINE

Listen to Quran

arah kiblat

Rabu, 9 Jun 2010

Bendera Israel berkibar di Malaysia?

Bendera Israel berkibar di Malaysia?


KAPAL Zim USA yang didaftarkan di Israel ini kali terakhir memasuki Pelabuhan Klang pada 20 Jun.


BENAR seperti kata negarawan ulung, Tun Dr. Mahathir Mohamad, kita mudah lupa. Ingat lagi semasa Gaza diserang bertalu-talu, seluruh rakyat Malaysia, terutamanya orang Islam bagai nak gila. Demonstrasi sana-sini. Minta diboikot itu dan ini, barangan yang dikeluarkan oleh Yahudi dan yang diasaskan dari Israel.
Lepas sebulan serangan ke atas Gaza tamat, pemikiran kita mula lembam, enam bulan selepas itu sedikit demi sedikit mula lupa dan selepas setahun terus lupa.
Kempen-kempen boikot dan amarah kita sudah hilang sehinggalah seminggu ini. Sejak minggu lalu kita bangkit semula. Solat hajat diadakan semula di sana-sini. Televisyen dan akhbar-akhbar penuh dengan berita dan komentari (termasuklah Cuit ini hari ini) mengenai kisah Israel, Yahudi dan kekejamannya. Jika Israel tahu mengenai sindrom mudah lupa kita, sudah pasti mereka akan ketawa terbahak-bahak. Tapi bangsa Yahudi ini bijak, mereka memang tahu tabiat kita, terutamanya umat Islam dan orang Melayu kita ini. Kita ini hanya akan melompat ikut musim. Itu pasal Israel suka menyerang ikut musim. Ada musim-musim tertentu mereka akan bertindak dan sekali gus dunia (terutamanya dunia Islam) akan melompat. Kemudian senyap.
Tujuan mereka ialah supaya semua orang ingat akan (kewujudan) negara Israel itu.
Dari segi dasar kerajaan, Malaysia memang konsisten. Kita adalah antara segelintir negara Islam dan di dunia yang tidak menjalinkan hubungan diplomatik dengan Israel. Langkah kerajaan itu amat kita sanjung. Kita berharap selagi ada negara Yahudi haram itu, kita tidak akan mengiktiraf kewujudannya sampai bila-bila.
Begitu juga hubungan dagangan dengan negara itu. Secara automatik hubungan itu tidak berlaku, kerana kita tiada hubungan diplomatik. Mengikut undang-undang antarabangsa, Israel tidak boleh juga menahan rakyat kita kerana kita tiada hubungan yang sah dengannya. Dalam kes yang berlaku ke atas kapal misi kemanusiaan ke Gaza itu, rakyat Malaysia ditahan di laut antarabangsa - bukan dalam kawasan perairannya, itu lagi salah.
Namun, walaupun kita tidak mempunyai hubungan itu, difahamkan ada juga barangan dari negara rejim Yahudi ini memasuki negara ini. Mungkin bukan terus, tapi dari negara ketiga.
Tapi benarkah kapal Israel dibenarkan memasuki ke pelabuhan kita dan melakukan perdagangan dengan negara ini secara terus?
Benarkah itu berlaku? Apakan kerajaan sedar ia berlaku?
Melalui maklumat seorang sahabat yang terlibat secara terus dalam bidang perkapalan, saya melakukan siasatan. Satu maklumat kepada saya kemudiannya mendedahkan senario bagaimana halusnya rejim itu menjalinkan hubungan dagang dengan kita.
Kita jangan cakap perkakasan yang canggih dan besar-besar yang dihantar untuk kegunaan kita di sini dari negara ketiga. Kita cuma bercakap mengenai soal buah epal dan buah oren yang dihantar oleh kapal mereka ke pelabuhan kita. Rakan yang mendedahkan maklumat itu geram kerana kapal kemanusiaan kita dihalau dan diserang, sebaliknya kapal Israel sewenang-wenangnya berlayar dan berdagang di negara ini! Bolehkah pula kapal MISC kita memasuki Pelabuhan Haifa di Israel? Jawapannya, tidak.
Begini bunyi maklumat itu (yang diterjemah dalam bahasa Melayu):
Zim Israel Navigation Company ialah syarikat perkapalan milik Israel. Statusnya lebih kurang macam MISC, syarikat perkapalan nasional kita.
Maklumat mengenai syarikat perkapalan Zim boleh dilayari melalui www.zim.co.il. Di bawah tajuk sejarah, ditulis: Bermula dengan permulaan bersejarah pada 1945 sebagai kapal pengangkut imigran (kaum pendatang) dari wilayah berperang Eropah ke negara harapan bernama Israel, ZIM kini menjadi salah sebuah syarikat perkapalan terbesar yang beroperasi di seluruh dunia. (From historic beginnings in 1945 as a carrier of immigrants from war-torn Europe to the nascent state of Israel, ZIM has become one of the world‘s largest shipping companies with operations throughout the world.)
Kelmarin (7 Jun kapalnya bernama Zim Genova) berlabuh di Pelabuhan Klang membawa kargo-kargo yang besar.
Secara puratanya kapal itu panjangnya kira-kira 253 meter, lebar 32 meter dan boleh membawa muatan sebanyak 4,000 Teu atau bersamaan 4,000 buah kontena 20 kaki. Ia berlayar keluar dari pelabuhan itu kira-kira pukul 7 pagi semalam (8 Jun).
Selain Zim Genova, kapal-kapal Zim lain yang berulang-alik ke Pelabuhan Klang ialah Zim USA (didaftarkan di Israel), Zim Kingston, Zim Monaco (pelabuhan terakhir: Pelabuhan Klang enam hari lalu), Zim Dalian dan Zim Lovorno (yang kesemuanya didaftarkan di beberapa buah negara lain).
Zim USA, misalnya kali terakhir memasuki Pelabuhan Klang ialah sekitar 20 Mei lalu, kira-kira tengah hari (Sila layari http://www.marinetraffic.com/ais/shipdetails.aspx?mmsi=428000109).
Di serombong asapnya (funnel) terpampang bendera Israel – tujuh bintang yang dengan megahkan berlabuh di pelabuhan kita!
Kebanyakan pegawai kapal-kapal itu terdiri daripada rakyat Israel.
Satu lagi e-mel yang diterima berbunyi:
Zim Israel Navigation Company atau Zim Lines juga mempunyai anak syarikat penuhnya iaitu Gold Star Line. Nama kapal-kapalnya ialah: New Asia Middle East Express, China Vietnam Express, East Mediteranean Express, Far East Africa Express dan Chittagong Malaysia Express.
Gold Star Line ini berpangkalan di Hong Kong. Di negara Islam seperti Pakistan, Bangladesh, Indonesia - Zim beroperasi di bawah nama Gold Star Line.
Menurut sumber itu, ada antara kargo dari kapal Zim dikatakan melalui proses pelabelan semula (relabelling) di Singapura sebelum memasuki Malaysia. Difahamkan antara kargo yang dibawa masuk ke Malaysia ialah buah oren dan epal di bawah nama HIFA.
E-mel itu menulis lagi: Sekiranya kita tiada hubungan dua hala dengan Israel, mengapa dibenarkan kapal-kapal mereka memasuki perairan kita? Mengapa berdagang dengan mereka? Apa yang berlaku ini?
Saya tidak boleh jawab soalan itu. Saya hanya boleh tulis dan sampaikan. Jika betul, kita minta -- Kementerian Pengangkutan, Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) serta pengendali pelabuhan yang diswastakan iaitu Pelabuhan Barat (West Port) dan Pelabuhan Utara (North Port) - sila jawab, jika salah sila jelaskan.

Dipetik dari Utusan Online bertarikh 09 Jun 2010.. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0609&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_08.htm

Tepuk dada tanya selera.. Wasalam

Selasa, 8 Jun 2010

Sekadar Renungan Buat Isteri dan dot.dot

KEBELAKANGAN ini banyak berlaku kejadian isteri derhaka dan tidak mentaati suami (nusyuz). Ia bukan saja berlaku kepada rakan saya, malah juga saudara mara saya sendiri. Saya khuatir jika ia merebak pula kepada isteri saya. Apakah sebenarnya punca nusyuz, adakah disebabkan suami atau isteri. Jika ia berlaku, sebagai suami apa yang patut saya lakukan? Benarkan nusyuz akan memberi kesan kepada nafkah, mutaah dan harta sepencarian isteri, jika berlaku perceraian.........Kuasa Talak ditangan lelaki... buat lah keputusan sendiri... fikirkan dengan bijak

NUSYUZ membawa erti derhaka ataupun ingkar kepada perintah suami pada perkara yang sah di sisi syarak untuk melakukannya. Nusyuz mungkin berpunca daripada isteri, suami atau faktor luaran. Sikap ego isteri yang mempunyai kelebihan dari segi kecantikan paras, kelulusan tinggi, kekayaan ataupun pangkat dan kedudukan lebih tinggi daripada suami, ketidakmampuan dan kegagalan suami menyediakan perkara yang dikehendaki isteri boleh menyebabkan isteri derhaka kepada suami. Isteri yang berpangkat dan berjawatan lebih tinggi daripada suami, mungkin tidak menghormati arahan suami, meninggikan suara apabila tidak bersetuju malah ini banyak terjadi sekarang almaklumlah dari menjadi janda atau andartu... kahwin dengan lelaki pendapatan rendah serta bergaji rendah agar senang nak cucuk hidung dan sebagainya. Nusyuz juga berpunca daripada sikap suami dan isteri yang panas baran dan sentiasa mencari kesalahan isteri/suami. Isteri tertekan, cuba melepaskan diri sehingga berlakulah kejadian keluar dari rumah tanpa izin, bersikap dingin ketika melayani suami, selalu bermasam muka dan seumpamanya.
Suami bersifat bakhil yang tidak melengkapi keperluan rumah tangga dengan sempurna walhal mempunyai harta yang banyak, juga berkemungkinan menjadi punca nusyuz.Nusyuz boleh berlaku akibat sikap suami berpoligami tetapi tidak berlaku adil di antara isterinya. Isteri yang menjadi mangsa ketidakadilan mencari jalan keluar yang salah dengan melakukan hubungan sulit dengan lelaki lain, keluar rumah tanpa keizinan suami, bekerja di tempat maksiat dan sebagainya. Nusyuz juga mungkin berpunca daripada suami/isteri yang mengadakan hubungan dengan perempuan lain.  Nusyuz juga boleh berpunca kerana pengaruh luar seperti hasutan adik beradik mentua yang tidak merestui perkahwinan mereka, umpatan dan fitnah daripada jiran, rakan dan pengaruh masa.
Walau apa pun situasi dan puncanya, Islam menggalakkan pihak yang menghadapi masalah ini tidak mengambil jalan singkat sehingga boleh merosakkan diri, anak dan keluarga. Pihak perlu banyak bersabar dan membawa masalah yang dihadapinya itu kepada pihak yang boleh menyelesaikan masalah mereka.
Suami sebagai ‘raa’in’ (pemimpin), yang diberi kekuatan akal dan jiwa, sebagai pelindung keluarga mestilah bertindak bijaksana dan berhikmah. Islam menggariskan kaedah menangani isteri nusyuz dengan dimulai oleh kaedah menasihati isteri, jika tidak berjaya dipulaukan isteri (mengasingkan diri dari tempat tidur isteri), jika tidak berjaya juga seterusnya dengan memukul isteri dengan pukulan pengajaran yang tidak mencederakan. Kemudian dengan pelantikan orang tengah, dan akhirnya perceraian adalah jalan terakhir.
Punca nusyuz haruslah diselidiki dan dikenal pasti suami, sebelum menasihati isteri dengan cara yang baik dan penuh bijaksana. Wanita digambarkan Rasulullah dalam hadis Baginda ibarat sebatang tulang bengkok. Sekiranya dibetulkan dengan kuat, maka ia akan patah.
Selepas kaedah pertama menemui jalan buntu, maka suami boleh menggunakan kaedah pemulauan atau meninggalkan isteri dari tempat tidurnya. Tempoh masa bagi pemulauan ini ialah selama tiga hari berdasarkan kepada kiasan tindakan yang dilakukan oleh Rasulullah terhadap isteri Baginda Sayyidatina Safiah apabila Baginda marah terhadapnya. Apabila isteri mula sedar dan insaf, maka suami hendaklah menerimanya kembali serta menggaulinya dengan cara baik.
Kaedah memukul dua kaedah yang dinyatakan di atas tidak berjaya. Namun begitu, terdapat syarat perlu dipatuhi, iaitu suami hendaklah yakin dan nyata isteri menderhaka menurut kehendak syarak. Suami juga hendaklah memastikan pukulan itu tidak melukakan atau mencederakan dan tidak boleh dibuat di tempat yang berbahaya seperti muka dan dada serta tidak menggunakan alat yang boleh mencederakan. Pukul adalah untuk tujuan pengajaran, bukan penganiayaan.
Selepas dilaksanakan keseluruhan kaedah dianjurkan tetapi masih menemui jalan buntu, suami hendaklah menyerahkan urusan ini wakil dari keluarga pihak isteri dan wakil dari pihak suami.
Suami yang tidak memilih perceraian, berhak memohon kepada Mahkamah Syariah untuk mensabitkan isterinya nusyuz dan memohon perintah supaya isterinya kembali taat kepadanya. Sub-Seksyen 59 (2) Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan menyatakan antara sebab boleh disabitkan nusyuz ialah apabila isteri menjauhkan dirinya dari suaminya; meninggalkan rumah suaminya bertentangan dengan kemahuan suaminya; atau enggan berpindah bersama suaminya ke satu rumah atau tempat lain.
Sekiranya isteri disabitkan dengan kesalahan nusyuz oleh mahkamah, maka ia memberi kesan terhadap nafkah sepatutnya diperoleh sama ada dalam tempoh perkahwinan ataupun selepas perceraian, sebagai mana diperuntukkan di dalam seksyen 59 (1) Akta yang sama bahawa : “Tertakluk kepada Hukum Syara’ dan pengesahan mahkamah , seseorang isteri tidaklah berhak mendapatkan nafkah apabila ia nusyuz atau enggan dengan tidak berpatutan menurut kemahuan atau perintah sah suaminya?” Pensabitan nusyuz tidak memberi kesan kepada tuntutan mutaah atau harta sepencarian.
Isteri yang disabitkan nusyuz masih boleh menggugurkan sabitan iaitu dengan cara membuktikan kepada mahkamah beliau insaf dan bertaubat kembali mentaati suami sebagai mana sebelumnya. Di dalam ceraian (3) Seksyen tersebut “Selepas sahaja isteri itu bertaubat dan menurut kemahuan dan perintah sah suaminya, maka isteri itu tidaklah lagi menjadi nusyuz.”
 Oleh itu sama-sama lah kita menjaga keharmonian rumahtangga yang dibina.  jangan ada campur tangan samada adik beradik mahupun pihak luar.. Harus difikirkan mengapa kekadang si suami memberontak dan bertindak diluar budi bicara.... Jangan mengutamakan adik beradik setelah anda bersuami atau beristeri, bawa berbincang dahulu dengan suami atau isteri. Buatlah keputusan dengan bijak tanpa memingirkan pihak satu lagi... Sikap meminggirkan suami atau isteri apa bila saudara bertandang ke rumah boleh menyebabkan perasaan kurang senang... Malah kehadiran ahli keluarga tanpa izin suami juga adalah satu kesalahan.. kerana tidak mendapat keizinan suami terlebih dulu. Harta yang anda perolehi selepas anda berkahwin dengan suami anda adalah harta sepencarian...ingat tu.. sikap menyorok perolehan harta dari suami/isteri boleh menyebabkan timbul syak wasangka yang bukan-bukan.  Fikirkanlah..

Ahad, 30 Mei 2010

Solat Sunat Hadiah

Solat Sunat Hadiah
1. Ianya dilakukan selepas jenazah dikebumikan
2. Ianya dilakukan berseorangan
3. Waktu Afdal antara Magrib ke Isyak malam pertama jenazah dikebumikan
4. Dilakukan sebanyak 2 rakaat
5. Niat "Ussali sunattan Hidayati rok-attaini adaan Aalilahi Taala"
Sahaja Aku solat sunat hadiah 2 rakaat kerana Allah Taala
6. Rakaat pertama selepas surah Al-Fatihah, Baca Surah At-Takathur 1 kali, Surah Kursi 3 Kali dan surah Al Ikhlas 11 Kali
7. Rakaat Kedua selepas surah Al-Fatihah, Baca Surah At-Takathur 1 kali, Surah Kursi 3 Kali dan surah Al Ikhlas 11 Kali (Sama)
8. Selesai solat Berdoalah seperti berikut
Ya Allah Ya Tuhanku, Sesungguhnya aku telah mendirikan solat ini, maka aku memohon padamu memberi ganjaran pahala solat ini kepada Allahyarham/mah "Nama bte Nama".

Terdapat dalam satu kitab sesungguhnya pada malam pertama jenazah dikebumikan maka satu suasana yang maha hebat berlaku dalam liang kubur itu maka dengan solat ini dari anak /kaum keluarga /waris atau sahabat handai moga dilapangkan dan memberi ketenangan kepada arwah didalam kubur.
Ia juga mengiringi kematian orang yang dikasihi dengan doa semoga mendapat keampunan dan Rahmat Allah sehingga ke hari Akhirat
Wallahu Alam.

Makluamt ini ku perolehi setelah bersembang dengan mak.... tentang solat2 sunat... terima kasih...

Rabu, 26 Mei 2010

Mencari Ketenangan.....

Salam untuk semua....

Disini saya ingin menbicarakan serta melahirkan pendapat tentang Jiwa/Hati atau Roh adalah hakikat kejadian manusia, kerana itu ia diberi keupayaan untuk merasa senang dan susah.
Ia sangat sensitif terhadap apa yang berlaku, yang didengar, dilihat dan dirasai di persekitaran kita.  Berpusat dari hati lah akan menentukan sikap manusia samada positif atau negatif.
Memang hakikat penciptaan hati oleh Allah SWT adalah suatu yang maha ajaib dan tiada tolok bandingnya.
Kelajuan perjalanan hati tidak terhitung dan ruang gerakannya tiada had. Roh tidak mati sewaktu jasad manusia mati meninggalkan harta benda dan sanak saudara rakan taulan..yang dibawa hanya amalan. Roh akan berpindah ke alam Barzakh dan seterusnya ke akhirat. Bagi orang mukmin yang suci hatinya dia dapat melihat di syurga kelak.  Ia juga disebut roh. Tempatnya ialah di dalam hati jasmani. Hati rohaniah ini umpama burung yang bersangkar di dalam hati jasmaniah.
Hati manusia berbeza dengan hati haiwan kerana hati manusia boleh menerima perintah dan larangan; ia disebut rohul amri. Manakala hati haiwan tidak bersifat demikian, ia disebut rohul hayah.
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
"Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika baik daging itu, baiklah manusia. Jika jahat daging itu jahatlah manusia. Ketahuilah, itulah hati." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Hati boleh baik dan jahat.
Rasa senang apabila ia dipuji.
Rasa menderita apabila di keji.
Rasa riak dan megah apabila mendapat kelebihan dan kejayaan.
Rasa ujub (hairankan diri) apabila mempunyai kemampuan.
Rasa rendah diri (inferiority complex) apabila ia mempunyai kekurangan.
Rasa sombong dan angkuh apabila berkuasa atau ada ilmu atau ada kekayaan atau ada kekayaan.
Rasa tidak senang (hasad) apabila tengok orang lain lebih.
Rasa dendam apabila orang menganiayainya.
Simpati dengan orang susah.
Rasa keluh kesah apabila dapat susah.
Rasa terhutang budi dan terima kasih pada orang yang menolong.
Rasa gerun apabila berhadapan dengan perkara yang menakutkan.
Rasa jijik apabila berhadapan dengan benda kotor.

Begitulah riak-riak hati yang beralih-alih kepada berbagai-bagai riak rasa dengan sendirinya, apabila dirangsang oleh faktor-faktor luar.
Perasaan itu akan kemudian akan mempengaruhi sikap lahir manusia. Kalau rasa hati itu baik, baiklah tindakan manusia.
Dan kalau rasa hati itu jahat maka jahatlah tindakan lahir manusia. Dengan kebolehan dan kuasa yang penting, hati seolah-olah raja yang bertakhta didalam diri manusia. Dialah yang menentukan baik buruk manusia. Akal adalah penasihatnya. Anggota-anggota lahir adalah rakyat jelatanya yang taat kepada arahannya.
Nafsu dan syaitan adalah musuhnya. Demikian struktur kerja yang berlaku dalam diri manusia. Kita mesti memahami dan beri perhatian penting pada persoalan ini, kerana baik jahatnya kita bergantung pada hati serta pengurusan kita dalam hati.
Siapa mengabaikan urusan hati, ertinya membiarkan dirinya berjalan dalam gelap. Nasibnya belum tentu selamat dunia dan akhirat. Hati boleh dididik.
Lihat apa kata Allah tentang hati.
Firman Allah: "Beruntunglah orang yang membersihkan hatinya dan rugilah siapa yang mengotorinya." (Asy - Syams: 9)
"Sesungguhnya beruntunglah orang yang membersih diri (dengan beriman ). Dan dia ingat nama tuhannya lalu dia sembahyang." (Al - A'la: 14 - 15)
"Pada hari itu, tidak berguna lagi harta anak-anak. Kecuali mereka yang pergi menghadap Allah membawa hati yang selamat." (Asy - Syuara: 88-89)

Di antara Sebab Jiwa Tidak Tenang
1. Banyak menzalimi orang

2. Banyak membuat dosa
3. Menghina dan menzalimi ibu atau bapa
4. Menzalimi dan menghina guru terutama guru yang menunjukkan kita ke jalan Akhirat
5. Tidak percaya wujudnya Allah Taala
6. Tidak mengharap lagi pertolongan Allah
7. Orang yang kena uji bila imannya lemah atau tidak beriman

Ketenangan itu berpusat atau berpaksi di dalam hati nurani.
Ia perlu dijaga, kerana bila hilang ketenangan, hilanglah kebahagiaan.
Bila hilang kebahagiaan, tidak ada lagi keindahan di dalam kehidupan sekalipun mempunyai kekayaan, duduk di dalam istana yang indah, memiliki isteri yang cantik, ada kuasa.
Bila ketenangan tidak ada, sentiasa keluh-kesah, apa sahaja dibuat serba tidak kena, makan rasa tidak sedap, tidur tidak lena, membuat sesuatu perkara tidak ada penumpuan lagi, selalu sahaja termenung, orang bercakap kurang diambil perhatian, sumbang di dalam pergaulan, membaca mengganggu untuk memahami, kawan-kawan ikut risau, mudah marah-marah, suka bersendiri, mudah merajuk, mudah tersinggung, tidak tahan sabar, tidak tahan tercabar, mudah jemu membuat kerja, makan minum, pakaian dan badan tidak terurus, kurang bertanggungjawab, tidak suka bercakap.

Orang yang berada di dalam tidak ketenangan, jika ketidaktenangan itu kuat dan kurang pula pelajaran selalunya tidak boleh dikontrol rasa tidak tenang itu, sama ada di waktu ramai mahupun di waktu keseorangan, sentiasa nampak muram, susah hatinya amat ketara, orang ramai perasan.
Jika dia seorang cerdik dan pandai atau ada status di dalam masyarakat mungkin setengah orang dia boleh kontrol.
Di tengah ramai dia boleh sembunyikan ketidaktenangannya itu untuk menjaga wibawa atau status diri, tapi bila waktu keseorangan dia mulalah termenung. Kesusahan hatinya nampak dilihat di air mukanya.
Ada setengah orang mukanya cantik, orangnya periang, happy go lucky, ada kalanya susah juga dikesan. Tapi kalau dia tidak boleh kontrol, lihat muka dapat dikesan. Maka seorang yang periang tiba-tiba jadi pendiam, hilang riang, suka bersendiri, gurauan sudah tidak ada, anak isteri mula risau, kawan-kawan susah hati.

Lubang-lubang Gergasi di Dunia


Kewujudan lubang-lubang berdiameter besar dengan kedalaman hingga beratus-ratus meter sering dianggap fenomena luar biasa.

PASTI ramai di kalangan pengguna Internet pernah dikejutkan dengan e-mel rantaian yang menunjukkan gambar-gambar pelik dan ngeri tentang kejadian lubang gergasi di atas muka bumi.

http://farm4.static.flickr.com/3617/3496037186_9e831ca75f.jpg?v=0
RONGGA bumi yang digelar Devil's Sinkhole di Texas,
Amerika Syarikat kini diwartakan sebagai taman negara

Bagi yang curiga, kesahihan gambar seperti itu segera disangkal dengan tanggapan ia dimanipulasi perisian suntingan imej.

Dalam mencerna kesimpulan, manusia perlu mengambil kira banyak penjelasan terutama dari sudut ilmu geologi.

http://farm4.static.flickr.com/3409/3495218759_e1450de4bc.jpg?v=0
LOKASI lombong berlian di bandar Mirna, Siberia ini
membentuk lubang yang dilihat jelas dari angkasa.

Antaranya adalah seperti kejadian hakisan batu kapur, pergerakan air bawah tanah ataupun impak meteor yang terjadi ratusan atau ribuan tahun sebelumnya.

China, misalnya, mempunyai lubang gergasi atau rongga bumi terbanyak di dunia, iaitu kira-kira 50 kesemuanya. Rekod penemuan fenomena landskap alam itu dalam istilah tempatan dipanggil tiankeng.

http://farm4.static.flickr.com/3397/3496037386_de297a8f0b.jpg?v=0
TIANKENG Xiaozhai tidak diketahui rakyat China sendiri
sehingga ia didedahkan media 15 tahun lalu.

Senarai rongga bumi di China didahului tiankeng Xiaozhai. Ia mempunyai kedalaman 660 meter dan berkapasiti 119 juta meter kubik dan dikatakan mengumpul sumber air hingga berkemungkinan menjadi punca aliran Sungai Yangtze.

"Anda boleh menyembunyikan beberapa Bangunan Empire State di dalamnya. Rakyat China sendiri tidak mengetahui tentangnya hinggalah ia didedahkan media 15 tahun lalu.

"Laluan belantara dan ketiadaan infrastruktur menyukarkan sesiapa untuk sampai ke lokasi ini," ulas pakar geologi dari Pennsylvania State University, Prof. William White.

White membentangkan penemuan tiankeng Xiaozhai selepas mengikuti pelawaan ekspedisi ke lokasi terpencil itu pada tahun 2005 oleh pakar dari Institut Geologi Guilin, Zhu Xuewen.

"Ciri rongga bumi sangat unik. Faktor utama yang perlu diberi perhatian adalah kemungkinan wujudnya aliran sungai bawah tanah. Ia kelihatan seperti lembah, namun jika diteliti, 'lembah' itu tidak mempunyai jalan keluar," ujar White.

http://farm4.static.flickr.com/3407/3495218559_feee8a1679.jpg?v=0

PENENGGELAMAN tanah di Guatemala City ini berpunca
daripada kebocoran sistem paip bawah tanah.

Di Texas, Amerika Syarikat, rongga bumi yang digelar Devil's Sinkhole sudah dijadikan destinasi pelancongan ekstrem yang amat popular.

Penerokaannya dari sudut komersial telah menjadikan tempat itu boleh dikunjungi mereka yang mahu mencuba aktiviti seperti menuruni cenuram batu dan merentas lereng.

Paling menggemparkan adalah tentang kejadian lubang gergasi yang mengorbankan tiga mangsa di Guatemala City pada 23 Februari 2007.

http://farm4.static.flickr.com/3597/3495219975_b98fd30769.jpg?v=0

Diameter lubang ini mencapai ukuran 20 meter sementara berkedalaman 204 meter. Kerosakan sistem pengaliran air banjir bawah tanah dikatakan menjadi punca bagi tragedi yang meninggalkan landskap kekal itu.

Selain lubang yang terbentuk secara alami atau tanpa diduga, terdapat juga lubang besar yang dibuat oleh manusia atas agenda perlombongan.

http://farm4.static.flickr.com/3297/3496037560_5e4d19e2a9.jpg?v=0
Lombong Mirna, Siberia

http://farm4.static.flickr.com/3644/3496037644_fa44cd4db2.jpg?v=0
Anak panah menunjukkan betapa kecilnya kenderaan dgn lubang tersebut

Sebagai contoh, lombong berlian di di Mirna, Siberia meninggalkan lubang bersaiz 525 meter dalam dan berdiameter 1.25 kilometer. Saiz berbentuk kawah itu sangat jelas dikesan daripada rakaman satelit.

http://farm4.static.flickr.com/3417/3496038280_4e3c908148.jpg?v=0
Impak meteor juga dipercayai menyebabkan rongga besar di dasar Laut Caribbean.

http://farm4.static.flickr.com/3330/3496038386_b5b6408cca.jpg?v=0
IMPAK meteor yang 'melubangkan' dasar samudera
di Laut Caribbean ini diiktiraf tapak warisan UNESCO.

Digelar sebagai Great Blue Hole, ia merupakan sebahagian daripada Rizab Terumbu Karang Belize iaitu sebuah tapak warisan dunia seperti yang diisytiharkan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Air membentuk kaviti

Menurut pensyarah geologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr. Che Abdul Aziz Ali, fenomena itu juga pernah berlaku di Malaysia tetapi tidak ketara saiznya.

"Seperti lubang berbentuk kawah bulat yang ditemui di Pulau Langkawi, ia dipercayai adalah tinggalan impak meteor suatu masa dahulu. Tenaga dan sudut hentaman itu menentukan jenis dan bentuk lubang yang terhasil pada muka bumi," terangnya.

Lubang Bingham Canyon Di Utah

http://farm4.static.flickr.com/3621/3495219843_4d8f225a0f.jpg?v=0

Selain meteor, kemungkinan kes penenggelaman mengejut pada kawasan tertentu juga disumbangkan punca-punca seperti penurunan mendadak paras air bawah tanah akibat kemarau, aktiviti perlombongan, kebocoran sistem pengairan, dan tekanan beban di permukaan.

Air, menurut Abdul Aziz, menjadi penyebab utama jika mengulas tentang proses kaviti yang membentuk rongga dalam batu kapur.

Pembentukan Gua Mulu, Sarawak dan Batu Caves, Selangor adalah contoh terbaik tentang penyusutan atau perubahan formasi batu kapur yang disebabkan oleh aliran air di bukit batu kapur.

Lubang Besar Kimberley di Afrika Selatan
http://farm4.static.flickr.com/3552/3496037774_11d0c6a7c6.jpg?v=0

Kalau bukan kerana kaviti yang membentuk gua, permukaan atas batu kapur boleh mengalami penenggelaman lalu membentuk lubang yang besar. Itulah misteri alam yang manusia sendiri tidak tahu bila akan terjadi.

"Air hujan adakalanya mengandungi asid yang memiliki keupayaan menghakis batu dari semasa ke semasa. Untuk jangka masa panjang, perubahan struktur akan berlaku," ujarnya yang turut memberitahu bahawa 40 peratus daripada muka bumi Kuala Lumpur terbentuk di atas batu kapur.

Lubang Glory Monticello Dam

http://farm4.static.flickr.com/3540/3496037958_d2c918fc11.jpg?v=0

http://andry2808.files.wordpress.com/2009/01/lubang-ajaib-9.jpg?w=400&h=296

http://farm4.static.flickr.com/3313/3495219399_645c3f8752.jpg?v=0
------------------------
Bagaimana pula dengan lubang api ini???













Tempat ini adalah di Uzbekistan yg digelar oleh penduduk setempat sebagai Pintu ke Neraka... terletak berhampiran dgn sebuah bandara kecil bernama Darvaz.

Kisah ini bermula kira-kira 35 tahun yg lampau. Seorang ahli geologis telah menggali tempat ini untuk mencari gas asli. Secara tiba-tiba semasa penggalian tersebut, mereka telah terjumpa satu jurang besar di bawah tanah. karena terlalu besar sehingga semua peralatan penggalian tersebut telah masuk ke dalam jurang tersebut.

Tiada siapapun yg berani turun ke dalam jurang tersebut disebabkan jurang tersebut dipenuhi gas asli bumi. Untuk menghindari gas bumi yang akan mencemarkan bumi, mereka telah menyalakan api di dalam jurang tersebut dan semenjak dari itu sehingga kini, telah 35 tahun lubang ini terbakar tanpa henti walau sesaat.

sumber: http://malaysiasensasi.blogspot.com/2009/05/lubang-gergasi-bumi.html

terima kasih kepada sahabat blog diatas... pendedahan ini amat baik untuk pengetahuan minda kita dan anak2 wasalam

Isnin, 24 Mei 2010

Dimana Harga Diri Anda

Hargailah Diri anda Sekiranya Anda tergolong dalam golongan ini..

Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami

Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka......Bodek lah ne....


Beruntungnya seorang wanita sebab dia ada rahim, oleh itu dia bekerja dengan Allah SWT...... jadi 'kilang ' manusia. Tapi Tak beruntung pula bagi permpuan yang ada rahim tapi tidak dapat mengandung dan tidak merasai peritnya mengandung anak dan sakitnya ketika melahirkan..

Tiap-tiap bulan dia diberi cuti tetapi bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib Solat tetapi Allah SWT anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

Cuti bersalin juga sehingga 60 hari ,
Bila dah bersalin tu, susukanlah anak...jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak..
Ah yang si suami pulak, jangan lah berebut dengan bayi untuk menyusu pulak….

Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah SWT ,
Tapi bila dah habis cuti tu.. . layanlah suami... "offer" lah pada suami ,
Nabi bersabda: berjimak dgn isteri itu pahala ...jangan buat deekkk jeee (tak peduli),
Jangan buat alasan itu dan ini pulak...….ingat tu si isteri yee!!!
Kata nak pahala lebih…

Orang lelaki tak ada cuti dari Solat.....
Semua Solat wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya...

Satu lagi berita gembira untuk wanita,... Sepanjang dia mengandung
Allah SWT sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Allah SWT beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? dan Ada pula yang tak boleh mengandung (itu adalah nikmat Allah juga) yang boleh mengandung tak nak mengandung... Manusia jenis apa ini... mengandung beranak, buang anak pun ada... ibu jenis apa ini... al Maklum...sendiri


Marilah kita pegang kepada tali Allah SWT.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati Syahid,
Allah SWT izinkan terus masuk Syurga.

Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran seksa kubur.

Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.


Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Allah ke atasnya jua. .

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.
Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami, mengutamakan orang lain selain dari suami dan anak-anak, dia tak akan dapat pahala extra ini.


Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah SWT agar tidak derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki, juga bukan dari tapak kaki.

Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu (lelaki), lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita, dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor from his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.

"Wahai Ya Allah!...
ku tak layak ke Syurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke Nerakamu...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ....

"Ya Allah...
jadikanlah kami hamba-hamba mu yang bertaqwa ..
ampunkan dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami,
dosa semua umat-umat islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"......

Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha Illa L Lah..
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini
di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illa L Lah' ini.
Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): "Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!"

Marilah kita ucapkan kalimah ini:
"Laa ilaaha illallah!" x 10

Setelah ucapkannya sebanyak 10 kali, panjangkan/fowardkan email ini kepada sekurang- kurangnya 10 orang rakan-rakan anda. Bayangkan betapa besarnya pahala yang Allah sediakan, hanya untuk usaha kita yang sedikit ini


Yg blum bergelar isteri….elok gak tau…utk makluman kita bersamaaa…….

Sekadar Renungan


Masa berlalu begitu pantas hinggakan kita kadang-kadang lupa yang mana mati makin menghampiri serta datang untuk menjemput kita kembali.... Bagi insan yang beramal dengan segala suruhan Nya akan sentiasa tenang serta bersedia menantinya namnum bagai mana pula dengan insan yang hanyut dengan duniawi...

Firman Allah SWT


Yang Bermaksud...
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian;  Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.


Dek kerana itu lah kita diingatkan selalu berpesan-pesan antara rakan taulan.....serta ahli keluarga.. namun tidak semua akan mendengar pesan yang akan disampaikan itu...

Bersabarlah dalam menghadapi keadaan ini.. Sesungguhnya Sabar itu sebahagian dari Cabang Iman.  Wasalam