AL QURAN ONLINE

Listen to Quran

arah kiblat

Sabtu, 19 September 2009

Najib diminta percepatkan bayaran Royalti minyak Kelantan.-Nik Aziz

Najib diminta percepatkan bayaran Royalti minyak Kelantan.-Nik Aziz
Mohd Nor Yahya
Fri | Sep 18, 09 | 2:08:38 pm MYT
KOTA BHARU 18 Sept: Menteri besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa kerajaan pusat pimpinan Datuk Seri Najib Abdul Razak mempercepat pembayaran balik sejumlah RM1 Bilion hasil royalti minyak milik negeri itu.

Bercakap ketika menyampaikan kuliah mingguan di Dataran Ilmu pagi ini, beliau berharap ia dapat disegerakan kerana tiada sebab untuk kerajaan memperlewat bayaran royalti memandangkan ia adalah dari dari Petronas dan bukannya dari dana kerajaan pusat.

"Saya amat berharap Najib dapat mempertimbangkannya untuk disegerakannya, peruntukkan pusat kepada kerajaan negeripun beliau dapat beri inikan pula duit secara terang-terang adalah milik Kelantan,jadi tiada sebablah beliau nak perlengahkan lagi." katanya.

Tuan Guru juga turut memanjatkan doa kepada Allah swt dan turut diaminkan lebih 5000 yang hadir di kuliah mingguan tersebut agar membuka pintu hati Perdana Menteri supaya mempercepatkan pembayaran royalti minyak milik kerajaan Kelantan tersebut.

Sebelum itu, Nik Abdul Aziz turut merasmikan pelancaran Tabung Pelancaran Program pembiayaan Pelajar Palestin di negara ini yang dianjurkan oleh Misi Cakna Palestin Kelantan.

Seramai 24 pelajar dari negara Palestin yang sedang melanjutkan pelajaran di Universiti tempatan yang menduduki pengajian di peringkat Ijazah Sarjana dan juga Doktor Falsafah telah dibiayai diantara RM500 hingga RM 2000 sebulan hasil sumbangan rakyat negeri Kelantan.

Sebelum ini,Misi Cakna Palestin telah berjaya mengumpul sejumlah RM1.4 juta dalam kempen Membantu rakyat Palestin yang ditindas oleh rejim Yahudi.

Turut hadir Timbalan Menteri Besar Kelantan,Datuk Ahmad Yakob,Setiausaha Badan Perhubungan PAS negeri,Mohd Zaki Ibrahim._mna_

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Kepada semua pembaca selamat menyambut hari raya aidilfitri... semuga ceria... bersama keluarga tercinta.. Maaf zahir dan Batin

Rabu, 26 Ogos 2009

Isu Minyak di Kelantan

Syukur lah kita kepada ILLAHI dan berdoalah wahai rakyat kelatan agar negeri Kelantan mendapat royalti minyak tu..
.....
ini aku ciplak dari harakahdaily.net

Royalti minyak: Perbincangan dua hala Kelantan dan pusat
Zulkifli Sulong
Wed | Aug 26, 09 | 4:21:13 pm MYT
PUTRAJAYA, 26 Ogos: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan akan membuat perbincangan dua hala antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri Kelantan berhubung dengan tuntutan royalti minyak Kelantan.

Perkara ini dinyatakan beliau dalam Mesyuarat Majlis Kewangan Negara semalam yang turut dihadiri oleh wakil-wakil kerajaan negeri.

Perkara ini dimaklumkan oleh Datuk Husam Musa kepada Harakahdaily ketika dihubungi hari ini.

Husam berkata, PM berjanji akan mengadakan mesyuarat dua hala ini selepas beberapa perkara teknikal mengenai tuntutan ini selesai dikaji.

"Saya berpuashati dengan jaminan PM ini dan menunggu hasilnya," kata Husam kepada Harakahdaily.

Sebelum ini, semasa bercakap kepada media selepas melancarkan buku Tuan Guru Datuk Nik Nik Aziz di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) Ahad lepas, Husam berkata, beliau akan membangkitkan isu tuntutan petroleum ini dalam mesyuarat Majlis Kewangan Negara.

Image(Husam menandatangani buku karangan Nik Aziz selepas melancarkan buku itu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur Ahad lepas)

Husam, Exco kerajaan negeri Kelantan, telah mewakili kerajaan negeri Kelantan dalam mesyuarat yang diadakan di sini semalam.

Sebelum ini, Nik Aziz telah menghantar surat kepada Perdana Menteri dan Petronas menuntut royalti minyak sebanyak RM1 bilion untuk kerajaan negeri Kelantan.

Ini berdasarkan carigali minyak yang dibuat oleh Petronas di perairan Kelantan.

Ekoran itu, bekas Pengerusi Petronas yang menandatangani perjanjian dengan kerajaan-kerajaan negeri termasuk Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah menyokong tuntutan itu.

Tuntutan ini juga disokong oleh Datuk Zaid Ibrahim, bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang juga defacto Menteri Undang-undang.

Baru-baru ini, Husam telah menguruskan satu ekspedisi mengenalpasti kedudukan pelantar minyak itu. 60 peserta dari pelbagai pihak termasuk media menyertai ekspedisi ini.

Hasilnya, mereka mengesahkan pelantar ini berada di perairan Kelantan iaitu kira-kira 153 km dari pantai Kelantan.

Semasa melawat Kelantan baru-baru ini, Najib berkata, tuntutan Kelantan ini sedang dikaji. _

Isnin, 3 Ogos 2009

Monday, August 03, 2009

UMNO Sendiri Lahir Dari Demonstrasi/Perhimpunan Haram

Berkokok semua pimpinan UMNO seluruh pelusuk negara bahawa demonstrasi menentang ISA yang diadakan semalam adalah bertentangan dengan kepentingan awam dan merugikan negara.

Tapi tahukah mereka sekiranya tiada demonstrasi, Malaysia mungkin tidak merdeka dan UMNO mungkin tidak lahir? Nampaknya, UMNO masih tidak habis-habis dengan sikap "Mengata Dulang Paku Serpih" mereka.

UMNO Sendiri Lahir Dari Perhimpunan Haram

Perhimpunan2 menentang Malayan Union adalah menjadi penyebab kepada lahirnya UMNO.

Sejarah telah merakamkan bahawa setelah orang Melayu keluar beramai-ramai dan berdemonstrasi menentang Malayan Union, mereka telah berkumpul dan menubuhkan UMNO. Sekiranya orang Melayu pada masa itu menunggu permit polis dari Kerajaan British, nescaya Malayan Union tidak dapat dihalang dan UMNO tidak akan wujud.

Malaya akan tetap dibawah British. Jadi demo dan himpunan rakyat untuk menyatakan ketidak puasan hati adalah budaya kita sejak dulu, budaya UMNO, budaya PAS, budaya NGO dan sebahagiaan mereka yang berprinsip dan bangun mewakili rakyaat majoriti.

Mengapa UMNO dengan tiada segan dan silu kerap kali mengungkapkan perkataan Perhimpunan Haram bagi melabel tindakan rakyat Malaysia berhimpun dan menyatakan sikap mereka? Adakah UMNO “mengata dulang paku serpih”?

Sedangkan sudah berapa kali UMNO, MCA dll NGO berdemo atas isu antarabangsa serta tempatan malah dalam filem Hati Malaya yang saya tonton video klip promosinya, dipaparkan sejarah rakyat yang celik dan berani bangun menentang kezaliman penjajah. Yang tidak mahu berdemo selain kerana keuzuran adalah mereka dari golongan pengampu, penakut dan dayus.

Malah di Kelantan himpunan anjuran UMNO didalangi Annuar Musa dalam percubaan UMNO untuk menabal sultan lain selain dari Sultan Kelantan yang ada sekarang. Mengapa UMNO boleh melakukannya sedang orang lain tidak? Jangan buat2 lupa. Himpunan rakyat mencerminkan masyarakat madani.

Kini dua hero rakyat lahir dari kegelapan UMNO/BN. Hero dari Parlimen Cameron Highland YB S.K.Devamany dan YB dari Penang. Mereka sekurang2nya meminta pimpinan UMNO/BN melihat dan mengkaji mesej yang dihantar oleh para pen ‘demo’ dan rakyat yang berhimpun, bukat mengugut.

Peristiwa 1946 dibahasa di DUN Kelantan

Hujjah tentang demo dan himpunan menentang British di atas ini juga digunapakai oleh YB Nasaruddin Daud dalam Perbahasan Titah Sultan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Kelatan sebelum ini. Ia telah menyebabkan wakil-wakil rakyat UMNO seperti terkejut (sebab menafikan sejarah). Itulah sikap hipokrit dan tidak cerdiknya mereka.

Berbagai-bagai alasan tidak cerdik telah cuba digunakan oleh wakil-wakil rakyat UMNO bagi membenarkan sikap “double standard” mereka. Tidak hairanlah juga antara mereka ada seorang YB yang masih tidak cukup umur dan cukup akal. Masih duduk dalaam khayalan zaman kanak2 dimana kaki dan tangan jadi senjata bila kalah berhujah. Kesian, YB itu patut masuk PASTI untuk mula balik belajar akhlak dan kemahiran bertolak ansur.

Hujjah yang mengatakan Perhimpunan 1946 bukan perhimpunan haram kerana waktu itu tiada undang undang adalah dangkal dan buta sejarah. Mana ada negara yang tiada undang2 meskipun dijajah. Jika British menjajah, undang2 yang digunapakai adalah undang-undang British, jika pada zaman Jepun, undang2nya undang2 Jepun.

Jepun lagi keras, kejam dan tidak bertolak ansur, tapi datok nenek kita dulu bangun berdemo dan berhimpun ramai2 untuk nyatakan perasaan. Kerana apa? Kerana penjajah atau pemerintah yang ada tidak mendengar dan menafikan keluhan dan ketidak puasan hati rakyat.

Hujjah yang menyatakan Demonstrasi sekarang ini tidak dibenarkan kerana ianya membawa kepada keganasan juga tidak berpijak dibumi nyata. Kalau sejarah 13 Mei yang dijadikan sandaran, ramai orang sudah tahu fakta sejarah bahawa yang menyebabkan peristiwa 13 Mei adalah kerana provokasi melampau dari penyokong2 UMNO dan faktor ketidak adilan sosial dan ekonomi padaa masa tersebut.

Selepas itu ’Bloody Sunday” yang terkenal, mereka yang cedera parah adalah para demonstran kerana campur tangan dan provokasi polis. Bayangkan rakan2 antara bangsa saya rasa sangat kelakar bila ada demonstran yaang dikasari kerana demonstrasi membantah kenaikan harga barang. Tak logik betul polis Malaysia ni.

Peristiwa Batu Burok pula bukan program demo tetapi ceramah di laman rumah individu yg tak perlu permit. Berpuluh kali dah ceramah diadakan disitu tanpa sebarang insiden. Jelas kepada kita bahawa demo dan perhimpunan menjadi ganas hanya apabila berlaku campur tangan serta tindakan biadap pihak polis terhadap ahli berkumpulan. Apabila tiada campur tangan pihak polis, semua perhimpunan tersebut menjadi aman.

Hujjah seterusnya,Perhimpunan tersebut menjadi haram kerana tiada permit (yakni bertentangan dengan undang-undang negara). Ia tiada permit kerana UMNO/BN tidak mahu memberi permit tanpa alasan yang kukuh. Hanya kerana perhimpunan-perhimpunan ini merugikan UMNO dari segi politik sahaja dan ia juga mendedahkan kebobrokan, kepincangan dan kemungkaran UMNO dan BN kepada rakyat.

PM Malaysia pun sama, dia hanya mahu dengar yang muluk2 sahaja. Tutup mata, tutup telinga. Yang dia dengar cakap menantu, anak dan menteri penyangak macam Nazri tu. Cuba sekali bagi permit, misalnya untuk himpunan bersih di negeri2, kami akan buktikan kemahiran kami mengawal ahli dan penyokong2 kami dengan syaarat tiada provokasi SB yaang terancang.

Salah seorang pimpinan UMNO mengatakan bahawa perhimpunan Bersih itu adalah anjuran parti politik dan bukannya anjuran rakyat Malaysia. Adakah ahli dan penyokong parti pembangkang ini bukan rakyat Malaysia? Ada pula yang cabul mulut menyatakan tiada siapa yang akan keluar ramai2, ada yang kata 2-3 puluh ribu pendemonstran tidaak mewakili rakyat.

Cuba baca tulisan Zainul Arifin (NST 28 Nov muka 13). Jika berpuluh ribu boleh digerakkan untuk turun kejalan raya, apalagi beratus ribu, boleh dikatakan dengan yakin bahawa jumlah ini sebenarnya mewakili beberapa kali lipat. "The silent majority” yang sering disebut2 sebenarnya duduk kem mana? Keputusan pilihanraya membuktikan sokongan kepada BN? Itulah yang Bersih pertikaikan.

Harus diingat bahawa permit diberikan oleh Polis manakala Polis diletakkan di bawah Kementerian Dalam Negeri yang dikawal oleh UMNO/BN. Sekiranya pihak polis menolak permit mana-mana pihak bererti ianya adalah penolakan dari UMNO/BN.

Polis Adalah Alat Barisan Nasional Untuk Terus Berkuasa


Pihak Polis di Malaysia tidak lebih dari biro di dalam UMNO, bertanggung-jawab mengekalkan kuasa Barisan Nasional di Malaysia. Mereka hanya mengikut arahan UMNO dan bertindak dengan begitu rakus menggagalkan sesiapa sahaja yang dikhuatiri merugikan Barisan Nasional.

Ini dibuktikan dalam soal siasat terhadap tahanan2 ISA. Yang ditanyakan soalan2 politik dan pimpinan politik parti2 selain BN, soalan2 tentang keselamatan negara langsung tidak popular.
Pihak Polis lebih sanggup menjalankan sekatan-sekatan jalanraya di dalam usaha menggagalkan perhimpunan rakyat berhari2 dari berusaha mencegah jenayah.

Tidak pernah lagi kita dengar polis menyuraikan himpunan Mat Rempit yang merempit di kala rakyat Malaysia hidup dalam ketakutan angkara penjenayah serta perogol. Sampai sekarang pembunuh kejam Nurin belum ditangkap. Devamany budak India 9 tahun pula jadi mangsa. Mengapa tak kerah seluruh kekuatan polis untuk menangani jenayah yang makin menggerunkan?

Polis sanggup menumpukan tenaga dan usaha mereka ke arah menjayakan agenda politik Barisan Nasional, tapi tidak bersungguh untuk jaga keselamatan rakyat. Jelas kepada kita bahawa Polis Diraja Malaysia sudah hilang komitment mereka kepada rakyat Malaysia. Biarlah perogol adik Nurin terus menerus memangsa kanak-kanak, tidak apa asalkan tugas mereka menjaga kepentingan Barisan Nasional dan UMNO tidak terhalang.

Penutup

Kasihan rakyat Malaysia seolah-olah tiada tempat lagi untuk berteduh dan berlindung. Kerajaan dan pihak berkuasa hanya mahu melindungi kepentingan dan kekayaan beberapa kerat kroni dan UMNO Putra dan rakyat terpaksa bersusah payah dan menderita. Apabila rakyat bersuara tidak puas hati, Polis digunakan untuk bertindak kasar dan zalim kepada rakyat. Media pun sama, sanggup jadi pelacur murah yang melacurkan habis etika kewartawanan mereka.

40% pegawai atasan boleh didakwa keranaa hidup mewah melebihi pendapatan, perlantikan hakim yang diatur melalui panggilan talipon, pesalah rasuah yang masih bergelar YB dalaam DUN dan Parlimen, Jenayah yang masuk dalam rumah dan kejiranan kita, harga barang dan sara hidup yang berlipat kali ganda naik, bangunan yang bocor dan runtuh. Rumah, masjid, surau, kuil rakyat yang diroboh pihak penguasa atas nama pembangunan.

Saya tidak tahu bagaimanakah nasib anak-cucu serta keturunan saya selepas ini jika UMNO/BN terus menipu, memerintah dan menghancurkan Msia. Sekarang rakyat kena cepat bertindak dan lakukan apa yang betul bukan ikut nafsu yang hanya pentingkan keselesaan diri dan keluarga masing2 sahaja. Ramai yang perlukan pembelaan anda.

Pemimpin UMNO Tolak Jemputan Tinjau Pelantar Minyak

Monday, August 03, 2009

Pemimpin UMNO Tolak Jemputan Tinjau Pelantar Minyak

Usaha kerajaan Kelantan untuk memastikan kedudukan sebenar pelantar minyak sama ada berada di perairan negeri ini atau sebaliknya tidak mendapat kerjasama pemimpin Umno, demikian lapor harakahdaily.

Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, Dato' Mustapa Mohamed dan ketua pembangkang di Dun Kelantan, Dato' Mohd Alwi Che Ahmad tidak memberi sebarang jawapan di atas pelawaan menyertai rombongan kerajaan negeri bagi meninjau lokasi pelantar.

Selain itu Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin juga gagal memberi sebarang jawapan terhadap surat jemputan kerajaan negeri yang dihantar sebelum ini.

Sedangkan menjelang pilihan raya kecil Dun Manek Urai 14 Julai lalu, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menganggap Kelantan tidak layak mendapat royalti 5 peratus.

Alasannya kerana kedudukan pelantar di kawasan bertindih antara tiga negara iaitu Thailand, Vietnam dan Malaysia.

Rombongan kerajaan negeri seramai 50 orang yang diketuai Speaker Dun Kelantan, Ustaz Nasuruddin Daud akan meninjau kedudukan pelantar terbabit bersama anggota Exco, Dato' Husam Musa esok.

Turut sama pada tinjauan itu beberapa Adun, anggota Parlimen Pakatan Rakyat, pegawai kanan kerajaan negeri, profesor dari universiti tempatan, juru ukur perunding, petugas media dan blogger.

Pegawai Khas anggota Exco, Dr Rosli Alaani Abdul Kadir berkata, rombongan tersebut akan berkumpul di jeti Pengkalan Kubor sebelum bertolak kira-kira jam 8 pagi.

"Rombongan kerajaan negeri itu turut mendapat kerjasama Agensi Penguatkuasa Maritim yang berpangkalan di Tok Bali," katanya di sini.

Difahamkan pelantar yang akan dilawati rombongan berkenaan dikenali sebagai Cakerawala.

Menurutnya, misi tersebut diharap akan menambahkan maklumat kepada rakyat negeri ini mengenai tuntutan royalti minyak sebanyak 5 peratus kepada Petronas.

Sebelum ini kerajaan negeri menuntut royalti sebanyak RM1 bilion memandangkan pelantar carigali minyak dan gas di PM301 didakwa berada dalam kawasan perairan Kelantan.

Pengeluaran minyak mentah dan gas di kawasan itu bermula sejak 2004.

Selasa, 21 Julai 2009

Sokongan.. Prinsip.. Individu

Umum telah mengetahui bahawa calon PAS.. Abe Uji telah memenangi PRK N41 pada 14 Jul 09 yang lalu dengan mejoriti yang kecil... 64 undi sahaja....
Sebagai insan yang turut terlibat dalam PRK N41... sudah tentu melahirkan kesyukuran diatas kemenangan ini...walaupun ia perbezaan yang kecil, jika dibandingkan dengan kemenangan masa PRU 12 yang lalu..
Berbagai cara telah dilakukan oleh pengundi-pengundi di Manek Urai (MU) untuk menjaga dan mengenalpasti kubu-kubu masing-masing agar tidak ditembusi oleh parti-parti yang bertanding.. Namun apakan daya sikap pengundi dalam kubu tersebut, sendiri yang membawa masuk orang-orang lawan ke rumah masing. Anak-anak perantau yang pulang ke pangkuan keluarga semasa PRK N41 itu sendiri sudah pasti mengharapkan kemenangan di pihak masing-masing.. Sudahkan dibaca pemikiran politik mereka?.. Jangan terlalu yakin dan taksub bahawa mereka menyokong parti itu akan tetap pada parti itu... SUDAH TENTU ADA YANG TIDAK... ini terjadi juga... dimana sebuah rumah dinaiki oleh Orang Kuat UMNO MELAKA? dikepung pula oleh parti satu lagi yang kebetulan mempunyai pos kawalan di kawasan tersebut. Akhirnya Orang Kuat tersebut terpaksa meninggalkan rumah yang dinaiki... namun kelibat anak-anak muda sentiasa keluar masuk.. adakah dapat dipastikan anak-anak muda ni yang dikatakan pro? tapi pada hakikatnya yang dahagakan pembangunan atau sebaliknya... termakan janji manis?...
Fikir-fikirkan lah wahai pengundi MU. Dari pemerhatian kepada peti undi yang menang melalui saluran-saluran yang ditetapkan... saluran 3 banyak mendominasi satu pihak... dominasi ini yang perlu dibuat post mortem oleh pihak yang berkurangan undi....
Apa pun syabas kepada abe Uji kerana telah berjaya menjejakan kaki ke Dewan Undangan Negeri.. akan bergema lah suara beliau di sidang DUN yang akan datang.. Jangan lupa pada asal usul.. ingat abe uji anda juga pengundi seperti yang lain.. gunakan sebaik mungkin amanah yang telah diberikan kepada abe uji...semuga MU akan lebih maju lagi... INSYA-ALLAH.

Ahad, 19 Julai 2009

Manek Urai hidupkan kembali roh Umno

Manek Urai hidupkan kembali roh Umno
Mohd Zuharman
Sun | Jul 19, 09 | 12:14:27 pm MYT

Sama ada benar atau palsu janji dilafazkan dalam kempen pilihan raya kecil (PRK) Dun Manek Urai, namun hakikatnya dari sudut fizikal Umno-Barisan Nasional (BN) telah berjaya mempengaruhi hampir 95 peratus pencapaian majoriti PAS pada pilihan raya umum (PRU) 2008.

Secara tidak langsung percaturan politik Tan Sri Muhyiddin Yasin selaku Timbalan Presiden Umno, seolah-olah hampir memberi pukulan maut tidak mampu disangkal oleh PAS.

Sebagaimana dilaporkan, BN mendominasikan seluruh jentera kerajaan sebagai senjata kempennya. Tetapi umpan dilihat paling berkesan ialah janji projek jambatan baru, kota agropolitan dan anak emas.

Selain itu taktik paling buruk dan kotor seperti mana didakwa pihak lawannya ialah sogokan rasuah bernilai tinggi sehingga mencecah ribuan ringgit.

Sejauh manakah kebenaran itu, tuhan saja yang maha tahu. Yang pasti kemenangan tipis PAS menggambarkan keupayaan Umno mengubah senario politik semasa di Manek Urai. Secara tidak langsung Umno boleh berbangga walaupun tewas di pertarungan kali ini.

Tinjauan The Malaysian Insider sepanjang tempoh berlangsungnya kempen pilihan raya ternyata PAS lebih terkehadapan menguasai keadaan berbanding Umno.

Hampir setiap tempat, bermula dari Sungai Sok hingga ke Laloh program PAS sentiasa sesak, laungan takbir tanda sokongan padu kepada parti itu tidak pernah menyepikan kesunyian malam.

Apatah lagi kalau melihat tiga malam terakhir, mengikut adat Umno sudah boleh gulung tikar dan angkat bendera putih. Kehadiran Anwar Ibrahim di kampung Peria disambut 5,000 penyokong. Tetapi program Umno yang diadakan bersebelahan cuma dihadiri penonton seramai paling tinggipun 50 orang. Betapa nazak sambutan diberi kepada BN.

Benar kata orang, di dalam politik serba kemungkinan. Sebab itu banyak telahan dan spekulasi jarang menepati sasaran hatta dari penganalisis politik hebat sekalipun.

Kehadiran ribuan audien tidak boleh dijadikan referendum kekuatan sesebuah parti kerana mungkin ia terdiri daripada penyokong-penyokong luar kawasan. Jadi, tidak wajar persoalan ke mana pergi ribuan penyokong yang pernah membanjiri ceramah PAS sebelum ini dikaitkan dengan kemenangan tipis dialaminya.

Sebaliknya PAS akan diihat lebih rasional sekiranya cuba beralternatif mencari di mana pengundi luar seramai lebih 1,000 orang dikatakan penyokong tegar PAS dilaporkan pulang dan memberi jaminan mengundi bulan?

Mengambil sikap berterusan menyelar parti lawan menggunakan rasuah selepas keputusan sudahpun muktamad bukan jalan penyelesaian sesuatu masalah. Jika benar dakwaan itu serahkan saja kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan selanjutnya. Mengadakan 'domestic inquiry' parti barangkali lebih utama.

Walau apapun, perspektif politik pasca PRK Dun Manek Urai 14 Julai menjadi momentum baru kepada kedua-dua parti menghadapi PRU akan datang.

Justeru PAS tidak wajar berbangga dengan bayang-bayang sendiri menjulang kemenangan tipisnya itu. Sebaliknya PAS mesti sedar bahawa roh Umno telah kembali pulih di Manek Urai bagi mengisi methodologi baru menjejaki rentak lawan. - mns_


diceluk dari harakahdaily.net